Isnin, 31 Ogos 2009

Luahan hati

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang amat dicintai Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.

Adalah diharapkan sesiapa yang membaca tulisan ini, tenangkan dahulu fikiran dan tidak menaruh syak wasangka.

Dalam tulisan ini, hamba ingin membawakan penghayatan terhadap suasana yang tidak adil di Shah Alam.

Sejak sekian lama masyarakat merdeka dan bebas daripada penjajahan British, semuanya hidup dalam keadaan aman dan makmur tanpa terlalu banyak masalah. Kemerdekaan Tanah Melayu yang telah dicapai 52 tahun yang lalu merupakan satu pengorbanan besar orang Melayu dan umat Islam kerana membenarkan pendatang-pendatang dari luar kepulauan Melayu seperti India dan China menjadi sebahagian daripada komposisi penduduk Tanah Melayu. Kesan daripada pengorbanan orang Melayu dan umat Islam pada ketika itu telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk dan kepelbagaian bahasa, agama dan adat.

Suasana aman dan makmur yang dicapai selama ini adalah hasil manifestasi masyarakat berbangsa Melayu yang gemar bertolak-ansur dan memaafkan orang lain. Kebaikan yang dipersembahkan oleh orang Melayu sering kali disebut-sebut oleh semua orang tidak kira bangsa dan agama di seluruh dunia. Sehingga ada negara lain yang ingin mengenali orang Melayu dan mengkaji secara mendalam tentang budaya dan fahaman orang Melayu.

Tetapi sejak kebelakangan ini, kebaikan yang dipersembahkan oleh orang Melayu semakin dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak yang ingin mencetuskan suasan huru-hara. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin menghapuskan orang Melayu di Tanah Melayu. Mereka mempertikaikan hak istemewa orang Melayu, ketinggian agama Islam, bahasa Melayu, kepimpinan Melayu, kedaulatan Sultan Melayu dan lain-lain lagi yang berkaitan isu sensitif.

Sebagai contoh, di Shah Alam, sudah beberapa isu sensitif dimainkan oleh pihak tertentu yang bertujuan mencetuskan kemarahan orang Islam.

Mari kita nilai satu daripada isu tersebut.

Penduduk di Shah Alam terutama di Seksyen 23 semakin hari semakin geram dengan suasana yang tidak enak sekarang terutama dalam isu penjualan arak dan terbaru pembinaan kuil Hindu.

Kuil Hindu yang telah dibenarkan pembinaannya oleh kerajaan negeri Selangor di sebuah kawasan berukuran 0.2 hektar di Seksyen 23 di Shah Alam. Kawasan tersebut pula amat berdekatan dengan surau yang sering diimarahkan oleh penduduk Islam yang merupakan majoriti di kawasan itu. Kuil itu berada lebih kurang 100 meter sahaja daripada lokasi surau tersebut. Jadi ini bakal menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat beragama Islam di kawasan tersebut. Tidak salah dijangkakan bahawa ketegangan kaum boleh terjadi di kawasan itu pada masa akan datang akibat ketidakpuasan hati umat Islam di kawasan itu.

Terbaru, sebahagian daripada umat Islam yang tidak berpuas hati telah melakukan demonstrasi dengan berarak membawa kepala lembu di kawasan terbabit. Demonstrasi sedemikian adalah tunjuk perasaan yang hanya diterjemahkan oleh sebahagian penduduk yang mewakili majoriti umat Islam dan ianya bakal mencetus pelbagai lagi demonstrasi yang hangat jika masalah ini tidak diatasi sebaik mungkin.

Seperti yang dijangka, akan ada beberapa pemimpin yang akan mengutuk dan menempelak tindakan umat Islam membuat demonstrasi tersebut. Hamba memetik kenyataan salah seorang Naib Presiden sebuah parti (dinyatakan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 31 Ogos 2009), beliau menyatakan bahawa tunjuk perasaan yang dilakukan oleh umat Islam tersebut adalah tidak sesuai dilakukan kerana boleh mencetuskan ketegangan. Beliau juga kesal kerana umat Islam terlalu emosi sehingga sanggup melakukan demonstrasi dengan berarak membawa kepala lembu.

Hamba menilai kenyataan Naib Presiden parti itu, memang benar demonstrasi tidak sesuai diadakan kerana tunjuk perasaan tidak dapat mengubah sesuatu keadaan bahkan mungkin menyebabkan berlaku lebih banyak keburukan.

Tetapi harus diingat bahawa selama ini, orang Melayu dan umat Islam sudah terlalu bertolak-ansur dan memaafkan orang lain sehingga boleh dikatakan bahawa orang Melayu telah dipijak-pijak oleh orang lain akibat sikap yang gemar berlemah-lembut.

Jikalau orang lain membuat demonstrasi dan tunjuk perasaan tidak pula ramai yang membantah dan mengutuk. Tetapi jika orang Melayu dan umat Islam yang membuat demonstrasi dan tunjuk perasaan ramai pula yang membantah dan mengutuk.

Sampai bila orang Melayu dan umat Islam ingin ditekan dan dipermainkan oleh pihak lain. Dewasa ini, maruah orang Melayu dan umat Islam semakin tercalar. Pihak lain yang sudah mengkaji kekuatan dan kelemahan orang Melayu dan umat Islam di Tanah Melayu sedang cuba memainkan sentimen yang akan menyebabkan orang Melayu dan umat Islam terkubur ke bumi Tanah Melayu.

-Penyatuan orang Melayu dan umat Islam di Tanah Melayu merupakan kunci utama untuk mencegah ketegangan dan ketidak-adilan-

-Pihak tertentu menggunakan perpecahan orang Melayu dan umat Islam untuk menghuru-harakan suasana Tanah Melayu-

Hamba mohon maaf kepada pihak yang terasa hati dengan tulisan ini.

Moga Allah memberi kekuatan kepada umat Islam di seluruh dunia terutama di Tanah Melayu untuk bersatu padu dan menegakkan ajaran agama Islam yang syumul berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Sekian.

Assalamualaikum.

Selasa, 25 Ogos 2009

Selepas ekonomi, kini politik pula hala tuju mereka, bangkitlah orang Melayu

Assalamualaikum.


Alhamdullillah.


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang amat dicintai Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.


Kali ini, kita bercerita pula tentang nasib orang Melayu di Tanah Melayu.


Tulisan ini dicedok daripada Utusan Malaysia dalam arkib bertarikh 23 Ogos 2009.


ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu.


Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.


Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?


Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Awang lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.


Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara.


Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.


Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.


Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.


Awang bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.


Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.


Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?


Renung-renungkanlah nasib orang Melayu pada masa akan datang. Di mana letaknya kuasa ekonomi orang Melayu pada masa depan yang sememangnya telah diketahui tidak kuat? Adakah nasib orang Melayu di Tanah Melayu akan jadi seperti di Singapura sehingga barisan kabinet kerajaan Singapura langsung tidak meletakkan muka orang Melayu walaupun orang Melayu adalah majoriti kedua selepas bangsa Cina?


Sekian.


Assalamualaikum.

Saidatina Fatimah az-Zahra dengan gelaran Ummu Abiha

Assalamualaikum.


Alhamdullillah.


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang amat dicintai Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.


Kali ini, hamba bawakan sebuah kisah ahlul bait, Saidatina Fatimah az-Zahra.


Kisah ini memberi kesedaran yang mendalam jika dibaca dengan ingatan yang kuat kepada Rasullulah SAW dan ahlul bait. Ianya menaikkan rasa rindu kepada Rasullullah SAW dan ahlul bait. "Uhibbuka ya Rasullullah SAW". "Uhibbukum ya ahlul bait".


Kisah ini dipetik daripada Utusan Malaysia bertarikh 25 Ogos 2009 dalam ruangan agama.


FATIMAH az-Zahra adalah puteri bongsu nabi Muhammad, hasil perkahwinannya dengan Khatijah. Fatimah dilahirkan pada tahun ke-5 setelah nabi Muhammad diutus menjadi Nabi, bertepatan dengan tiga tahun setelah peristiwa Israk dan Mikraj.


Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadilakhir tahun 605 Masihi semasa masyarakat Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.


Siti Fatimah mendapat gelaran as-Siddiqah (wanita terpercaya); at-Tahirah (wanita suci), al-Mubarakah (yang diberkati Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Az-Zahra (yang cemerlang).


Beliau juga digelar Al-Batul, iaitu yang menumpukan perhatian kepada ibadah dan menjauhi keduniaan. Fatimah selalu bersujud ketika setiap kali berasa lapar dan berzikir setiap kali berasa susah.


Fatimah mencintai ayahandanya melebihi cintanya kepada siapa pun. Apabila ibunya meninggal dunia ketika berusia enam tahun, Fatimah sentiasa berusaha untuk menggantikan peranan ibunya.


Fatimah sentiasa mengajak nabi berbual-bual dengan kata-kata yang menggembirakan dan menyenangkan hati nabi.


Justeru nabi memanggilnya dengan panggilan manja Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh Fatimah kepada ayahnya.


Fatimah mempunyai tiga orang kakak iaitu Zainab, Rugayah dan Ummi Kalsum. Fatimah adalah anak yang paling dicintai dan dikasihi nabi sehingga beliau berkata, "Fatimah adalah darah daging saya, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan saya dan apa yang mengganggunya juga mengganggu saya".


Fatimah menyerupai ayahnya dari sisi rupa dan akhlaknya. Ummu Salamah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah.


Demikian juga dengan Aishah yang pernah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya.


Zaman kanak-kanaknya diwarnai oleh pelbagai penentangan yang ditujukan kepada agama Islam yang dibawa oleh ayahnya.


Penyeksaan, celaan yang keji, gangguan mental dan fizikal dan fitnah dilakukan oleh golongan kafir Mekah terhadap umat Islam.


Allah telah mengurniakan Fatimah dengan sifat lemah-lembut, cerdas dan berani yang tidak dimiliki oleh kanak-kanak lain yang seusianya. Fatimah melihat cabaran dan dugaan yang menimpa keluarga terutama pengalaman pahit yang menimpa ayahnya.


Cabaran dan dugaan itu mampu difahami oleh Fatimah pada usia yang muda dan ini telah mendewasakan pemikiran Fatimah supaya cekal menghadapinya dengan lebih cekal dan berani.


"Uqbah bin Abi Muit menyimbah kotoran unta pada ayah kamu yang sedang bersujud di Kaabah!," kata seorang wanita kepada Fatimah yang sedang duduk di rumahnya.


"Apa! Sampai hati mereka berbuat demikian kepada ayah saya," jawab Fatimah yang bergegas keluar dari rumahnya.


Fatimah berlari sekuat hati menuju ke arah Kaabah. Jantungnya berdegup dengan pantas memikirkan apa yang telah berlaku pada ayahnya. Apabila sampai di hadapan Kaabah, Fatimah melihat pembesar-pembesar Quraisy sedang ketawa kuat sambil menunjuk jari mereka kepada ayahnya.


Beliau pantas menghampiri ayahnya yang tengah bersujud di Kaabah. Fatimah melihat perut-perut unta yang berdarah dan bernajis di atas kepala ayahnya. Beliau membersihkan kotoran itu dengan pantas.


Air mukanya kelihatan sedih bercampur geram kerana kotoran itu terpalit keseluruhan jubah ayahnya. Fatimah bangun dan menghampiri Uqbah bin Abi Muit dan pembesar Quraisy lain yang berdiri sombong bongkak tanpa perasaan takut.


Beliau menjeling tajam kepada semua wajah-wajah itu dengan air mukanya yang benar-benar marah dengan tindakan mereka terhadap ayahnya.


"Mengapa kamu melakukan perkara keji ini kepada ayah saya?" tanya Fatimah dengan nada keras dan marah.


"Suka hati kamilah. Mari kita tinggalkan tempat ini. Puas hati saya melihat jubah Muhammad penuh dengan kotoran unta," kata Uqbah lalu beredar dari situ bersama pembesar Quraisy lain meninggalkan Fatimah yang masih sedih dan marah.


Pada satu peristiwa lain pula, Fatimah sedang berjalan di sebuah lorong ketika berselisih dengan Abu Jahal yang terkenal dengan permusuhannya terhadap agama Islam.


Abu Jahal menahan Fatimah lalu menampar muka Fatimah beberapa kali. Fatimah terkejut dengan perbuatan Abu Jahal terus berlari menuju khemah pemimpin Quraisy yang sedang duduk berbincang.


"Ya Abu Sufian, ketua pemimpin Quraisy. Saya ingin mengadu tentang sikap buruk Abu Jahal yang tiba-tiba menampar muka saya tanpa sebab. Saya mahu keadilan!," kata Fatimah di hadapan Abu Sufian tanpa perasaan takut.


"Apa! Abu Jahal menampar kamu tanpa sebab. Pergi panggil Abu Jahal ke sini," arah Abu Sufian kepada pengawal di sebelahnya.


Abu Jahal pun datang dengan tergesa-gesa menuju khemah tempat pemimpin-pemimpin Quraisy sedang berbincang.


Dia tak menyangka Fatimah akan datang mengadu kepada Abu Sufian tentang perbuatannya terhadap Fatimah. Dia berharap Abu Sufian akan menyebelahinya dalam perkara itu.


Dia masuk ke dalam khemah itu dengan muka sombong memandang wajah Fatimah yang kelihatan tenang.


"Mengapa kamu menampar muka Fatimah tanpa sebab, Abu Jahal?," tanya Abu Sufian.


"Sahaja. Saya geram dengan ayahnya". Jawab Abu Jahal dengan bongkak.


"Kamu tak ada hak berbuat demikian terhadap budak kecil ini," kata Abu Sufian lalu memandang wajah Fatimah.


"Hulur muka kamu supaya Fatimah boleh menampar muka kamu," arah Abu Sufian kepada Abu Jahal yang kelihatan terkejut mendengar keputusan Abu Sufian itu.


Fatimah tidak melepaskan peluang itu untuk menampar muka Abu Jahal yang selama ini banyak menyakitkan hati ayahnya. Beliau menampar muka Abu Jahal dengan sekuat hati dan pulang dengan hati gembira ke rumahnya.


Fatimah menceritakan perkara yang berlaku itu kepada ayahnya. Nabi gembira kerana Abu Sufian telah memberikan keputusan yang adil kepada aduan anaknya.


Sekian.


Assalamualaikum.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ayyuhal Walad

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.

Ada sedikit masa terluang pada kali ini, jadi hamba ingin berkongsi tentang syarahan ke-5 Sheikh al-Islam al-Imam al-Ghazali di dalam kitab Ayyuhal Walad (yang telah diterjemah oleh Sheikhuna Ahmad Fahmi Zamzam juga dikenali sebagai Abu Ali al-Banjari an-Nadwi).

Di dalam nasihat tersebut, beliau menekankan berkenaan keutamaan menetapkan niat yang ikhlas.

Ikuti terjemahannya.

Wahai anakku yang tercinta,

Berapa banyakkah darpada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan mentelaah kitab, dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu. Saya tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat demikianm apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia, menghimpunkan segala mata bendanya dan mencapai kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan-kawan. Jikalau ini niatmu maka engkau akan rugi serugi-ruginya.

Tetapi jika niatmu di dalam segala usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad SAW dan memperbaiki akhlakmu, serta memecahkan keinginan hawa nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah engkau seribu untung. Sungguh benar seorang ahli syair yang berkata:

"Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna"

Begitulah syarahan ke-5 oleh Sheikh al-Islam al-Imam al-Ghazali di dalam karyanya Ayyuhal Walad.

Moga kita cuba memahami intipati syarahan beliau dan mengamalkannya sebagai satu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sekian.

Assalamualaikum.

Selasa, 18 Ogos 2009

Apa lagi selepas ini?

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang amat dicintai Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.

Isu pemberian hak mimbina kuil Hindu oleh kerajaan negeri Selangor dalam kawasan 0.2 hektar di Seksyen 23, Shah Alam telah menimbulkan suasana kurang 'enak' di kalangan umat Islam.

Baru sahaja dimomokkan dengan isu penjualan minuman keras kepada umat Islam di Shah Alam, timbul pula isu pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang mana menyebabkan masyarakat setempat yang majoritinya beragama Islam berasa tidak selesa dan semakin terguris hati.

Pembinaan kuil Hindu tersebut tidak berapa sesuai kerana lokasi kuil Hindu itu terlalu dekat dengan surau iaitu lebih kurang 100 meter sahaja. Tambahan pula kuil Hindu itu terlalu hampir dengan kawasan perumahan penduduk yang majoritinya adalah umat Islam. Hanya sebilangan sahaja yang menganut agama Hindu yakni minoriti kaum India di kawasan tersebut.

Implikasi pembinaan kuil Hindu tersebut pula mungkin akan menjejaskan keharmonian masyarakat setempat. Umum mengetahui bahawa kebiasaannya kuil Hindu akan membunyikan loceng dengan kuat pada waktu-waktu tertentu dan juga selalu memainkan alunan bait-bait kepercayaan agama Hindu. Jadi hal sedemikian bakal menyebabkan rasa suasana tidak tenteram bagi masyarakat yang beragama Islam di kawasan terbabit. Seterusnya, bunyi loceng dan alunan bait-bait kepercayaan agama Hindu dari kuil Hindu tersebut akan berlawanan dengan alunan azan dan iqamah serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari surau yang terletak berdekatan dengan kuil Hindu itu. Keadaan sedemikian akan menyebabkan rasa ketidakpuasan hati di antara ahli qariah surau tersebut dan penganut agama Hindu yang melaksanakan amalan agama masing-masing di surau dan kuil tersebut.

Oleh yang demikian, pembinaan kuil Hindu di kawasan 0.2 hektar di Seksyen 23, Shah Alam adalah tidak wajar dan tidak sesuai.

Kerajaan negeri Selangor perlu memikirkan semula isu tersebut dan mencari jalan penyelesaian yang memberi hak menang-menang kepada kedua-dua kumpulan agama. Ini penting supaya sebarang pertelagahan dan kekecohan dapat dielakkan terutama yang mungkin berlaku pada masa akan datang akibat daripada lokasi yang tidak sesuai.

Sekian, hanya sekelumit pendapat daripada hamba Allah yang kerdil.

---Sudah terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh umat Islam dan orang Melayu kepada penganut agama lain dan bangsa lain semata-mata untuk menjamin keharmonian dan kemakmuran negara---

Assalamualaikum.

Ahad, 16 Ogos 2009

Selsema babi / H1N1 / influenza A

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang amat dicintai Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.

Serangan virus influenza A yang dikenali sebagai selsema babi atau nama saintifiknya H1N1 telah menghantui masyarakat di Malaysia malah di seluruh dunia.

Dicatatkan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 15 Ogos 2009, World Health Organization (WHO) telah meramalkan bahawa dalam jangka masa 6 bulan hingga setahun, lebih kurang 20 peratus atau 5 juta orang daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bakal mendapat jangkitan yang membawa maut itu.

Kematian demi kematian yang berlaku akibat virus selsema babi amat merunsingkan kerana jumlahnya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Peningkatan jumlah kematian akibat virus selsema babi menyebabkan timbul rasa panik di kalangan masyarakat. Mana tidaknya, hampir kebanyakan farmasi dan kedai serbaneka mendapat untung dengan menjual topeng muka pada harga berlipat kali ganda kerana ramai orang yang menginginkannya.

Walaupun begitu, masih ramai juga ahli masyarakat yang kurang peka berkenaan virus selsema babi ini. Mungkin kerana tiada usaha yang tegas dan berterusan daripada pihak berwajib dalam menangani masalah tersebut dan juga kurangnya kesedaran akan bahayanya wabak selsema babi itu di kalangan masyarakat negara ini.

Pelbagai cara mungkin boleh dilakukan oleh masyarakat Malaysia bagi mencegah dan merawat selsema babi ini.

Cara-cara yang mungkin membantu secara lahiriah dengan izin Allah:
1- Kerapkan membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas bersin, batuk, dan selesai sesuatu kerja.
2- Memakai topeng muka terutama ketika berada di tempat awam dan tempat orang ramai berkumpul.
3- Mengurangkan aktiviti-aktiviti luaran seperti berkumpul di khalayak ramai
4- Meminum air kelapa (terbukti secara sains moden dapat meneutralkan asid badan akibat selsema dan demam).
5- Mengurangkan pengambilan minuman berais.
6- Banyakkan penagmbilan minuman ringan yang suam atau panas.
7- Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
8- Gunakan tisu atau sapu tangan ketika bersin dan batuk.
9- Elakkan berhubung secara terus dengan orang yang mengalami simtom selsema dan demam.
10- Melakukan senaman ringan yang bersesuaian.
11- Memakan madu lebah (untuk sistem pernafasan dan tenaga badan).
12- Cukupkan tidur dan rehat.

Cara-cara berpandukan ajaran Islam yang dapat membantu dengan izin Allah:
1- Kerapkan mengambil wudhu.
2- Kerapkan solat sunat (sunat taubat, sunat tahajud, sunat hajat).
3- Kerapkan membaca al-Quran dan selawat ke atas Rasullullah SAW.
4- Mulakan setiap kerja dan amalan dengan doa (sekurang-kurangnya dengan Bismillah).
5- Akhirkan setiap kerja dan amalan dengan doa (sekurang-kurangnya dengan Alhamdullillah).
6- Bersederhana dalam setiap perkara (makan, minum, tidur, rehat, kerja, berbelanja).
7- Sentiasa memohon keampunan Allah dengan Istighfar.
8- Sentiasa rasakan kehadiran Allah kerana Allah jualah yang memimpin dan menaungi kehidupan kita.
9- Jauhilah larangan yang telah ditetapkan oleh Allah.
10- Amalan-amalan wajib yang telah digariskan oleh syarak dilakukan secara istiqamah.
11- Menjaga hati (hati nurani yang kotor akan menyebabkan fizikal jadi kotor).
12- Amalkan doa tawassul mencegah wabak seperti yang diamalkan oleh auliya dan ulama terdahulu (rujukan kepada al-Qadhi as-Sheikh Yusuf Bin Ismail an-Nabhaani di dalam kitabnya Sa`aadatud Daarain):

"Kujadikan lima orang sebagai wasilah kepada Yang Maha Kuasa, Untuk kupadamkan dengan keberkatan mereka, Akan kepanasan wabak dan kebinasaannya, Junjungan Nabi al-Musthafa, Baginda ‘Ali al-Murthada, Dua anak mereka, Imam Hasan dan Imam Husain saudaranya, Dan bonda mereka Siti Faathimah juga."

Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar wabak selsema babi ini ditiadakan olehNya.

Moga kita sentiasa berusaha memastikan kesihatan fizikal, mental dan spiritual sentiasa terjaga.

Sekian.

Assalamualaikum.


Jumaat, 14 Ogos 2009

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang amat dicintai Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.

Semalam komuniti dakwah Tanah Melayu telah kehilangan seorang yang amat berjasa dalam menyampaikan dakwah melalui seni nyanyian. Marilah kita sama-sama menghadiahkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim dengan ummul kitab, al-Fatihah.

Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim meninggal ketika sedang melakukan latihan untuk program Shahadah ke-5 terbitan RTM. Beliau pergi meninggalkan alam fana dalam keadaan yang tenang dan singkat tanpa perlu melalui kesakitan yang panjang. Begitu mudah detik beliau menghadap ilahi.

Bagaimana pula dengan kita yang masih leka dan alpa dengan dunia yang fana ini?

Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim telah melakukan sesuatu yang murni untuk umat Islam dan pelaksanaan dakwah di Malaysia mahupun di luar negara. Pasti itu merupakan satu ibadah yang amat baik kerana seni nyanyian yang menjadi kerjaya beliau telah banyak memberi kesedaran dan keinsafan kepada kebanyakan orang.

Beliau telah menumpukan hidupnya dengan aktiviti dakwah yang bermula secara rasmi semenjak 1991 apabila tertubuhnya kumpulan nasyid Nada Murni seterusnya kumpulan nasyid Rabbani pada tahun 1997. Lamanya kerjaya beliau di dalam seni nyanyian nasyid sehingga saya berserta rakan-rakan yang lain membesar dengan nasyidnya.

Segala jasa dan pengorbannya terhadap industri nasyid tanahair akan terus subur dan menjadi salah satu nadi dakwah secara lisan di Malaysia dan dunia.

Moga roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan bersama dengan orang yang beriman dan soleh.

Sekian.

Assalamualaikum.

Pendapat yang mengelirukan?

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.

Pendapat yang diutarakan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam agak mengelirukan. Beliau menyatakan bahawa DAP tidak boleh dipersalahkan apabila DAP menghina dan mengaibkan Islam kerana DAP tidak memahami Islam, sebaliknya, yang perlu dipersalahkan adalah pemimpin Islam itu sendiri kerana tidak memahami Islam sewajarnya.

Kenyataan sedemikian membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah pendirian sebenar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Beliau dilihat seolah-olah membenarkan penghinaan terhadap agama Islam dilakukan oleh DAP dan pihak yang bersekutu dengan DAP.

Pada hemat saya, sebagai seorang pemimpin tertinggi parti Islam dan sentiasa menjadi sanjungan umat Islam di Malaysia, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan seperti itu. Beliau perlu lebih tegas dan berani dalam mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam.

Kenyataan sedemikian menunjukkan bahawa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz terlalu berpolitik sehingga mengabaikan ketinggian dan kesucian Islam. Malah beliau lebih sanggup menjaga hati dan semangat setiakawan dengan DAP daripada menjaga dan menyayangi hati dan perasaan umat Islam di Malaysia.

Sebagai hamba Allah yang kurang berpengetahuan dan amat kerdil, saya tidak bersetuju dengan pendapat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Bagaimana DAP dan sekutunya tidak memahami Islam? Walhal sudah sekian lama mereka tinggal dan hidup di bumi bertuah daripada nama asal Tanah Melayu sehingga bergelar Malaysia. Pasti DAP dan sekutunya sudah amat memahami apa itu Islam. Islam itu sendiri sudah tercatat sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan. Pihak berwajib juga sudah sering menganjurkan dan mempromosikan agama Islam di Malaysia malah di peringkat dunia melalui forum hal ehwal Islam, musabaqah al-Quran dan lain-lain. Jika DAP dan sekutunya tidak memahami Islam, sudah pasti mereka tidak bermati-matian menentang cadangan untuk melaksanakan hukum HUDUD. DAP dan sekutunya tahu bahawa hukum HUDUD itu adalah hukum Allah, jadi mereka tidak mahu menerima hukum Allah kerana mereka tidak menyukai agama Islam. Sehingga salah seorang pemimpin DAP berkata "langkah mayat saya dulu kalau mau laksana HUDUD". Ini bermakna DAP dan sekutunya memang tidak mahu menerima agama Islam lebih-lebih lagi hukum HUDUD. Sebab itu DAP selalu melaungkan bahawa Malaysia merupakan negara sekular bukan negara Islam, di dalam Perlembagaan Persekutuan juga tidak menyatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam hanya Islam itu menjadi agama rasmi sahaja. Hanya umat Islam berbangsa Melayu sahaja yang mengakui bahawa Malaysia adalah negara Islam, kafir laknatullah tidak mengakuinya!

Apakah DAP dan sekutunya buta dan tuli terhadap pengamalan agama Islam di Malaysia? Kita perlu melihat siapakah yang paling ramai di dalam DAP. Keanggotaan DAP majoritinya adalah kaum kafir laknatullah yang tidak mahu menerima Islam. Mereka sudah tinggal dan hidup di negara ini sekian lamanya. Mereka tahu bahawa Tuhan bagi umat Islam adalah Allah. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Penghulu segala nabi bagi umat Islam. Mereka tahu bahawa agama Islam ini agama yang mementingkan keamanan, kesopanan, ketertiban, kemaslahatan umat dan lain-lain. Mereka juga sudah sering mendengar azan dan iqamah. Mereka juga kerap mendengar umat Islam membaca al-Quran. Mereka tahu bahawa umat Islam wajib berpuasa dalam bulan Ramadhan. Mereka tahu bahawa umat Islam yang lelaki wajib menunaikan solat Jumaat. Mereka tahu bahawa umat Islam perlu menunaikan haji sebolehnya sekali seumur hidup bagi yang mampu. Mereka tahu bahawa umat Islam perlu menunaikan solat wajib lima waktu setiap hari. Mereka tahu bahawa umat Islam yang perempuan wajib menutup aurat seperti memakai tudung dan berpakaian tidak menampakkan tubuh badan. Mereka tahu bahawa umat Islam yang mampu dan telah layak wajib mengeluarkan zakat. Mereka tahu bahawa umat Islam diharamkan meminum arak. Mereka tahu bahawa umat Islam diharamkan berzina. Mereka tahu bahawa umat Islam diharamkan merokok. Mereka tahu bahawa umat Islam diharamkan berjudi.

Mereka sudah tahu berbagai-bagai perkara tentang Islam dan umat Islam. Boleh juga dikatakan mereka tahu kekuatan dan kelemahan umat Islam. Sebab itu saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan DAP.

Sebagai seorang pemuda yang masih lagi belajar dan tidak tahu segalanya, saya tidak berniat untuk memperlekehkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tetapi saya berpendapat Tuan Guru perlu bermuhasabah diri dan memikirkan semula apa yang telah Tuan Guru perkatakan kerana umat Islam amat terguris dengan tindak-tanduk DAP. Umat Islam tidak berharap untuk berada di bawah pemerintahan DAP yang majoritinya kafir laknatullah yang tidak mahu menerima ajaran Islam.

Hasil tulisan di atas sekadar luahan ketidakpuasan hati terhadap DAP kafir laknatullah. Juga menyampaikan kekeliruan tentang pendapat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang selama ini disanjung oleh ramai orang termasuk pemuda-pemudi yang lapar dan dahagakan Islam.

Allahu akbar.

Sekian.

Assalamualaikum.

Khamis, 13 Ogos 2009

Isu yang tak pernah pudar

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para wali Allah, para ulama, para pemimpin, semua muslimin dan muslimat.

Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam amat bertepatan dengan suasana yang sedang hangat di Malaysia sekarang. Beliau telah mencadangkan agar sesiapa yang bertindak melampau dan tidak menghormati agama Islam dan kedaulatan sultan-sultan Melayu ditarik hak kewarganegaraan.

Kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria itu sebenarnya mencerminkan pendirian tegas seorang alim ulama yang memandang suasana sekarang sebagai cubaan untuk merendahkan martabat agama Islam dan meruntuhkan institusi diraja di Malaysia.

Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang berkait rapat dengan tindak-tanduk segelintir ahli politik dan badan-badan tertentu yang dilihat amat melampau dan langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam dan orang Melayu.

Kes di negeri Selangor yang mana seorang Exco daripada DAP, Encik Ronnie Liu yang telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam agar memulangan minuman keras yang dirampas di kedai serbaneka di Shah Alam seolah-olah ingin menunjukkan kuasanya sebagai anggota pemerintah yang biadap dan kurang ajar. Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Datuk Hassan Ali dibuang daripada jawatannya sebagai Exco negeri Selangor kerana menegur dan mencabar tindakannya.

Di Pulau Pinang, Encik Jeff Ooi daripada DAP merangkap Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pula telah mencadangkan agar seorang daripada anggota penting di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dibuang jawatan dengan menuduhnya menganggotai pertubuhan Jemaah Islamiah. Encik Jeff Ooi juga telah menuduh bahawa pertubuhan Jemaah Islamiah ini merupakan sebuah pertubuhan Islam yang ekstrimis dan boleh menggugat keamanan negara.

Sikap kedua-dua pemimpin kanan DAP yang begitu lantang dan biadap terhadap agama Islam dan orang Melayu amat dikesali. Baru sahaja memegang tampuk pemerintahan selama setahun lebih di kedua-dua negeri di Semenanjung, sudah berani mengambil tindakan yang mengguris perasaan dan hati umat Islam dan orang Melayu.

Itu belum lagi memegang tampuk pemerintahan peringkat persekutuan. Jikalau DAP memegang tampuk pemerintahan negara pasti hancur orang Melayu dan agama Islam bakal dipijak-pijak oleh golongan yang anti-Melayu dan anti-Islam tersebut.

Jadi amat wajar jika kerajaan persekutuan dan Agong menarik taraf warganegara bagi sesiapa yang bersikap melampau ke atas agama Islam, sultan-sultan Melayu, dan orang Melayu.

Kisah-kisah di atas adalah secebis daripada fenomena mengejut yang sedang melanda Malaysia semenjak kebelakangan ini.

Moga umat Islam dan orang Melayu semakin sedar akan kebiadapan dan sikap kurang ajar DAP.

Moga Allah menyelamatkan umat Islam dan orang Melayu daripada terus dipermainkan dan diporak-perandakan oleh orang kafir laknatullah.

Moga umat Islam dan orang Melayu terus mempertahankan akidah dan kesinambungan kuasa pemerintahan sultan-sultan Melayu berdaulat.

Sekian.

Assalamualaikum.

Isnin, 10 Ogos 2009

Zikir berserta gerakan badan

Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. ketikamana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut.


Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.;


ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير


Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan


Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu yang mungkar pasti Nabi akan melarangnya kerana Nabi SAW tidak akan redha dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda dan inilah sebab Nabi dan Rasul diutuskan untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di sisi syara’.


Hadis di atas menjadi dalil di atas keharusan berzikir dan memuji Rasulullah SAW dalam keadaan menari dan mengerakakn tubuh. Berzikir dalam keadaan menari atau menggerakkan tubuh tidak termasuk daripada tarian yang haram kerana ada dalil yang membenarkannya. Bahkan ia HARUS kerana boleh mencergaskan badan dan boleh membantu untuk menghadirkan hati mengingati Allah.


Oleh itu, niat dan tujuannya betul kerana kaedah menyebut الأمور بمقاصدها “setiap perkara itu mengikut tujuannya” Adapun jika niat dan tujuannya baik tetapi caranya diharamkan oleh Allah maka ia tetap haram tetapi dalam masalah ini ada nas yang membenarkan zikir sambil menggerakkan badan dan menari seperti yang telah dinyatakan di atas dan tujuannya juga baik maka ia kekal sebagai HARUS di sisi syara’.


Ana tidak suka untuk menggunakan istilah berjoget kerana kebiasaannya ia merujuk kepada tarian yang haram namun apa yang disebut oleh ulamak dengan menggunakan perkataan إهتزاز dalam bahasa arab yang membawa maksud hayunan atau goncangan. Namun di dalam hadis digunakan perkataan يرقصون yang diterjemahkan di dalam bahasa melayu dengan maksud menari. Jadi tidak salah kalau kita gunakan istilah menari. Kerana tarian itu ada yang HARUS dan ada yang HARAM.


Untuk mendekatkan kefahaman kita. Jika kita melihat orang yang menyanyikan lagu nasyid sambil mengerakkan tangan dan body kerana menghayati lagu yang ingin disampaikan mengapa kita tidak katakan ia HARAM, BIDAAH atau sebagainya?


Jadi jika menyanyikan lagu nasyid yang sudah ma’ruf kepada kita keharusannya mengapa kita tidak dapat menerima zikir dalam keadaan menggerakkan tubuh kerana merasakan kelazatan zikir dengan menyebut nama Allah?


Tidak pelik ke Ustaz?


Jika ada yang bertanyakan seperti ini maka ana tanya balik kepadanya? Apakah semua benda yang pelik itu salah? Bukan semua pelik itu salah. Pelik pada pandangan kita kerana kejahilan kita terhadapanya bukan kerana ia sesuatu yang salah. Pelik tidak dijadikan kaedah hukum untuk menyatakan sesuatu itu haram atau tidak. Bila ada nas yang membenarkan walaupun macamana pelik sekalipun kita harus akur. Kerana banyak perkara yang pelik yang tidak sampai kepada pengetahuan akal kita seperti azab kubur, kebangkitan selepas kematian, mahsyar, kiamat dan sebagainya. Daripada mana kita tahu perkara ini ada sedangkan kita tidak pernah mengalaminya? Jawapannya kerana ada nas daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang menceritakannya kepada kita.


Pelik atau tidak bukan persoalannya. Persoalannya boleh atau tidak? Ada dalil atau tidak? Inilah persoalannya yang perlu ditanya. Dalil sudah jelas ana nyatakan di atas. Itu bukan kalam ulamak sufi atau kalam ana yang dhoif ini tetapi itu kalam Nabi SAW. Jika kita mengatakan sesat kepada orang yang berzikir dalam keadaan seperti di dalam video di atas seolah-olah kita menafikan hadis Nabi SAW. Ini boleh menyebabkan kita berdusta di atas nama nabi SAW. Ingat! Sesiapa yang berdusta di atas nama Nabi, Allah telah sediakan seat class VVIP di dalam neraka sepertimana yang disebut di dalam hadis.


Bukan semua benda yang pelik pada mata kita dikira sesat dan salah. Pada pandangan orang yang mengerti itulah yang sebenar. Jangan terlalu merasa diri kita tahu segalanya tentang agama kerana disitulah bermulanya ujub yang tidak kita sedar.


Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah hadis yang dirawayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada (كتاب الصلح ) : Selepas fathu khaibar telah kembali daripada habsyah Ja’far Bin Abi Tolib R.A dan bersamanya daripada kalangan muslimin. Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi SAW menemui Ja’faar dan mengucup dahinya dan memeluknya. Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim Radiallahu ‘Anhuma dan Rasulullah SAW bersabda : Aku tidak tahu dengan dua sebab aku gembira samada sebab fathu khaibar ataupun dengan kepulangan Ja’faar? Dan bersabada Nabi SAW kepada Ja’faar : Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku. Maka Ja’far menari dengan kelazatan perkataan Nabi SAW kepadanya. Nabi tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’afar Bin Abi Tolib itu. Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketikamana mereka mendapat kelazatan wajdan di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan asbab wajdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah.


Bagaimana jika ada percampuran lelaki dan perempuan?


Ulama sufi yang berada di atas jalan kebenaran juga mengakui majlis seperti ini merupakan majlis yang HARAM. Mereka menisbahkan diri mereka kepada sufi tetapi hakikatnya mereka bukan sufi kerana tujuan zikir itu mendekatkan diri kepada Allah dan percampuran lelaki dan perempuan daripada perkara haram yang boleh menjauhkan diri daripada Allah. Jadi matlamat mereka tidak akan sampai kerana wasilahnya menyimpang daripada cahaya quran dan sunnah. Jadi majlis seumpama ini adalah tidak dibenarkan oleh syara’ walaupun mereka menisbahkan nama mereka kepada nama sufi hakikatnya mereka menodai kemurniaan sufi.


Kita mengakui ada sebahagian golongan yang menggunakan nama sufi tetapi menyimpang daripada syariat Islam tetapi dalam masalah yang kita bincangkan di atas ia mempunyai asas dalil yang kukuh untuk menyatakan pendirian bahawasanya perbuatan berzikir dalam keadaan menari merupakan perkara yang SAH di sisi syara’.


Justeru, selagimana tidak ada unsur-unsur yang haram seperti penggunaan alat muzik yang diharamkan, lagu-lagu yang melaghakan, ikhtilat yang haram maka ia tidak tidak menjadi majlis yang HARAM.


Benarlah kata Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah;


الناس أعداء بما جهلوا


“Manusia akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu”


Janganlah mudah mengatakan tidak ada tetapi belajarlah mengatakan saya belum menjumpainya. Kerana kemungkinan ia ada tetapi belum sampai kepada pengetahuan kita.


Firman Allah;


وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلا – الإسراء :85


Aku tidak berikan ilmu kepada kamu kecuali sedikit sahaja


Hasil tulisan dikreditkan kepada www.pondokhabib.wordpress.com

Tawassul pencegah wabak

Mula-mula burung, la ni b*b* pulak. Satu dunia jadi risau dek makhluk seni ciptaan Allah s.w.t… Allahu … Allah. Selain berikhtiar secara lahiriah seperti menggunakan vaksin dan sebagainya, para ulama kita telah mengajar beberapa amalan yang boleh dijadikan ikhtiar memohon perlindungan Allah s.w.t dari ancaman makhluk Allah s.w.t. yang bernama virus wabak tersebut.Antara yang masyhur diamalkan adalah tawassul dengan Ahlul Kisa` yang lima. Malangnya sekarang, muncul kat Mesia ni, golongan yang bermudah-mudah menuduh orang yang menyebut-nyebut Ahlul Kisa` sebagai Syiah. (catatan: Deme ni dok tuduh orang bermudah-mudah tuduh deme wahabi, deme pun apa kurangnya bermudah-mudah menuduh orang lain syiah, jahmiah, kuburi dan dan dan sebagainya). Ketahuilah mencintai Ahlul Kisa` adalah ajaran Sunni bukan semata-mata monopoli puak Syiah. Antara ulama Sunni yang menyebut mengenai amalan tawassul dengan Ahlul Kisa` sebagai sarana mencegah wabak penyakit adalah al-Qadhi asy-Syaikh Yusuf bin Isma`il an-Nabhaani rahimahUllah. Dalam karyanya “Sa`aadatud Daarain” halaman 627 beliau menyatakan bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.


Kujadikan lima orang sebagai wasilah kepada Yang Maha Kuasa
Untuk kupadamkan dengan keberkatan mereka
Akan kepanasan wabak dan kebinasaannya
Junjungan Nabi al-Musthafa
Baginda ‘Ali al-Murthada
Dua anak mereka
Imam Hasan dan Imam Husain saudaranya
Dan bonda mereka Siti Faathimah juga


Oleh itu, sesiapa yang nak beramal dengan tawassul tersebut, biarkanlah sahaja, takkan jadi Syiah dengan semata-mata menyebut Ahlul Kisa`. Lagipun, amalan tersebut disebut dengan shorih oleh ulama sunni panutan kita. Sesiapa yang tak emboh, dak ngape jugok … lana a’maaluna wa lakum a’maalukum.

Tarekat Ba'alawi

Mengambil Jalan Tariqah Ba ‘Alawi (Terjemahan dari Iqra’ Islamic Publication)


Bismillah
Assalamualaikum
Bagaimana caranya seseorang mengambil tariqah Ba ‘Alawi?
Abdul Latif


Walaikum us salaam saudara Abdul Latif,
Semoga Allah swt memberikan ganjaran kepada anda kerana bertanyakan kepada saya soalan yang begitu ikhlas.


Kami mengambil wudhu’ berniat untuk mengambil tariqat Ba ‘Alawi dan bersembahyang sunat dua rakaat (sunat taubat) memohon kepada Allah swt diampunkan dosa. Allah swt kemudian membukakan pintu kepada kita.


Kami cuba mencari jika ada sheikh atau perkumpulan zikir yang mengamalkan Tariqah Ba ‘Alawi di tempat kita. Kita menanggotai nya dan dapatkan barakah dengan cara berterusan berzikir kepada Allah swt dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Kemudian kami mula tahu bahawa Ba Alawi adalah keturunan yang mulia dari Nabi kita yang dicintai dan dimuliakan Nabi Muhammad saw yang pada asalnya keluarga Ba Alawi ini tinggal di Yaman tetapi telah mengembara dan menetap di pelbagai tempat di dunia seperti Indonesia, Malaysia, Singapore, India, Myanmar dan Afrika Timur untuk menyebarkan Islam Kami juga telah mengetahui bahawa Tariqah Ba Alawi ini adalah berasaskan kepada ajaran-ajaran al-Quran dan Sunnah.


Jika tiada kumpulan zikir Ba Alawi di tempat kami, kami akan pergi ke tempat yang terdekat yang mempunyi perkumpulan tariqah Ba Alawi. Kami cuba bersama mereka walaupun untuk sekali dalam sebulan, pelajri awraad dan adzkar seperti Ratib Al-Haddad dan Ratib Al-‘Attas. Apabila telah mempelajarinya, kita boleh mengadakan acara mauled dan zikir di tempat kita dengan mendapatkan keizinan dari seorang syeikh dlam Tariqah Ba Alawi.


Jika perkumpulan zikir yang paling dekat pun adalah terlalu jauh untuk kita, kita boleh membacakan surah Yasin setiap selepas solat subuh dan membaca Ratib Al-Haddad selepas solat Isyak. Adalah lebih barakah jika ia dilakukan dengan mendapat keizinan daripada seorang syeikh.


Jika kita mempunyai masa, adalah baik untuk bersama-sama mengikuti acara mauled dan zikir perkumpulan-perkumpulan tariqah lain seperti Qadiriyah, Rifaiyyah, Shaziliyah, Chistiyah dan Naqsyabandiyah (Ahmadiah Idrissiah, Syattariah pun boleh) untuk memperoleh barakah dari majlis mereka juga. Kesemua jalan tariqah ini menuju kepada Allah swt.


Sepanjang masa kita akan mendengar mengenai seorang syeikh yang besar dari tariqah Ba Alawi. Apabila orang mendengar mengenai sheikh Al-Habib Ahmad Mashhur bin Thaha Al-Haddad RA, mereka akan beprgian dari jauh untuk berjumpa dengan nya. Beberapa orang Islam yang terkenal yang menemuinya adalah Syeikh Abdul Hakim Murad dari UK, Sheikh Hamza Yusuf dari USA, dan saudara Ebrahim Kreps dari Canada. Ramai dating untuk mengambil baiat ditangan nya sementara yang lain ingin mendapat barakah berada bersama-samanya dan juga kerana ingin bersama dengan Habaib (keturunan yang mulia dari Nabi kita yang dicintai dan dimuliakan Nabi Muhammad saw).


Dr. Mostafa Al-Badawi biasa bepergian sekali seminggu ke Jeddah untuk bersama-sama dengan syeikh yang dicintainya.


Jika Allah swt meletakkan anda bersama-sama dengan syeikh seperti itu, seluruh kehidupan anda akan berubah supaya anda tetap di atas jalan istighfar iaitu sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt. Tidak ternilai kesyukuran atas kurniaan dan nikmat yang besar ini dianugerahkan Allah.


Hasil tulisan dikreditkan kepada www.pondokhabib.wordpress.com

Tawassul Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya akan perlakuan para sahabat dalam bertabarruk dengan air bekas wuduk Junjungan Nabi SAW. Demikian dahsyat dan bersungguh-sungguhnya mereka bertabarruk dengannya sehingga Imam al-Bukhari meriwayatkan yang mereka seolah-olah hampir saling berbunuh-bunuhan kerana berebut-rebut mendapatkan bekas air wuduk baginda. Kalaulah kita hadir pada ketika itu, bagaimanakah sikap dan tanggapan kita terhadap perlakuan para sahabat tersebut ? Adakah kita akan menghukum mereka sebagai keterlaluan dalam perbuatan “ngalap berkat” Junjungan SAW melalui bekas air wuduk baginda? Sudah tentu kita tidak akan berani memberi kritikan sedemikian terhadap para sahabat yang mulia radhiyaAllahu `anhum ajma`in.


Sesungguhnya amalan bertabarruk dan bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah sesuatu yang tidak pernah menjadi tegahan di sisi Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Hanya tokoh seperti Ibnu Taimiyyah al-Harrani yang cepat menghukumkannya sebagai haram dan sebagainya. Bertawassul merupakan satu sebab bagi menghasilkan permohonan kita daripada Allah SWT. Doa yang merupakan ibadah merupakan satu wasilah, tawassul merupakan satu lagi wasilah, maka jika seseorang berdoa dengan bertawassul, maka dia mempersembahkan dua sebab agar Allah mengabulkan permintaannya. Allahu .. Allah, jika ditambahkan lagi dengan wasilah tempat yang suci seperti tanah haram, waktu yang berkat seperti hari `Arafah, ditambah lagi dengan melakukan amalan sholeh yang lain sebelum berdoa seperti bersedekah, maka makin banyaklah sebab dihadapkan kepada Allah agar permintaan kita ditunaikanNya, walaupun hak kuasa mutlak tertentu bagi Allah SWT yang menjadikan sekalian sebab. Fahamilah wahai ikhwah, agar kalian tidak gegabah menghukum orang yang bertawassul dan menjadi seorang yang fobia dengan tawassul.


Berbalik kepada kisah tabarruk para sahabat, maka Tok Guru Nik ‘Abdul `Aziz bin Nik Mat hafizahUllah, dalam karya beliau “Rasulullah Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang zaman”, turut mengisahkan perlakuan tabarruk mereka dalam satu bab khusus dengan tajuk “Tabarruk Digalakkan dan Disyariatkan oleh Islam”. Tok Guru juga turut memperkatakan berhubung persoalan tawassul dengan Junjungan Nabi SAW setelah baginda wafat. Pada halaman 175 – 176, Tok Guru menulis, antara lain:-


Oleh yang demikian, apabila telah mengetahui bahawa mengambil berkat dengan sesuatu itu bererti mencari kebaikan melaluinya. Maka fahamlah bahawa bertawassul ataupun bertabarruk dengan kesan-kesan baginda itu adalah suatu perkara yang digalak dan disyariatkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi mengambil berkat daripada zat Nabi yang mulia.


Mengambil berkat daripada kesan Nabi itu tiada beza antara semasa hidup ataupun selepas baginda wafat. Kerana para sahabat di zaman hidup Rasulullah SAW mengambil berkat dengan air basuhan wuduk baginda, ataupun air peluh dan juga air ludah serta rambut baginda. Kesan-kesan itu sama sahaja selepas wafatnya, semuanya bukanlah suatu yang hidup dan keadaannya sama semasa hayat baginda.


Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Sahih Bukhari. Ramai orang menjadi sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerana dalam hati mereka tiada kasih kepada baginda. Mereka telah menidakkan tawassul terhadap zat baginda selepas wafatnya. Mereka menganggap bahawa kesan keberkatan Rasulullah SAW itu telah habis apabila baginda wafat. Jika bertawassul selepas baginda wafat bererti bertawassul kepada suatu yang tidak berkesan.


Hujah seperti itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya jahil mengenai Rasulullah SAW. Persoalannya, adakah semasa hayat baginda ia memberi kesan? Sedangkan kesan hanya datang daripada Allah SWT sebagai Khaliq, tiada makhluk yang memberi kesan. Tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh memberi kesan secara peribadi semasa hayatnya. Kerana dakwaan itu telah disepakati boleh membawa kerosakan akidah.


Para sahabat mengambil berkat daripada kesan-kesan baginda, bukan kerana baginda boleh memberi kesan. Tetapi baginda adalah seafdal-afdal manusia di muka bumi ini. Seluruh makhluk di langit atau di bumi, hanya Rasulullah SAW sahaja orang yang menjadi kesayangan Allah SWT. Baginda juga menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam. Ia adalah tawassul disebabkan Rasulullah SAW sangat akrab dengan Allah SWT, melalui bagindalah seluruh makhluk mendapat rahmat daripada Allah SWT.


Jelas Tok Guru Nik `Abdul `Aziz tidak anti – tawassul dan tabarruk, bahkan Tok Guru dengan tegas menyatakan bahawa mereka – mereka yang melarang bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. setelah baginda wafat adalah orang-orang yang sesat yang tidak ada kasih dalam hati mereka kepada Junjungan Nabi SAW. Maka hendaklah kalian ambil perhatian. Bahkan Tok Guru sewaktu perasmian bangunan Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK) pada 23 Ogos 2001 telah memperkenalkan Doa an-Nashiri yang disusun oleh seorang waliyullah Sidi Muhammad bin Nashir ad-Dar`i rahimahUllah. Dalam doa tersebut terkandung tawassul dengan Junjungan Nabi SAW, para awliya` pelbagai maqam seperti quthub, awtad, abdal, nujaba` dan nuqaba`. Oleh itu kalau pun tak mahu bertawassul, janganlah mudah-mudah menuduh orang yang bertawassul sebagai syirik dan sebagainya. Moga taufiq dan hidayahnya Allah dianugerahkanNya kepada kita sekalian berkat jah Sayyidina wa Mawlana Muhammad SAW yang menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Hasil tulisan dikreditkan kepada www.pondokhabib.wordpress.com

Puasa selepas Nisfu Syaaban

Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-


"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.

Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-


Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."

Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).


Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-

  1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.
  2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.
  3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu
  4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan. Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-


(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-


Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).

Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-


Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-


Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.

Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Hasil tulisan dikreditkan kepada www.bahrusshofa.blogspot.com

Ahad, 9 Ogos 2009

Tuan Guru Haji Ghazali Bin Haji Arsyad

Kelahiran dan asal keturunan: Tuan Guru Haji Ghazali bin Haji Arsyad bin Muhammad Rasyid bin Syaikh Haji Mansur, dilahirkan di Kampung Pasir Panjang Laut, Setiawan pada jan 7 pagi, 13 Rabiulakhir 1319H bersamaan tahun 1901. Ibu beliau bernama Hajjah Puteri Madinah bin Haji Mat Saman (digelar sebagai Tok Janggut kerana berjanggut panjang dan beliau adalah keturunan dari Megat Terawis, seorang pahlawan Perak yang terbilang). Menurut Ustazah Hajjah Mahmudah binti Tuan Guru Haji Ghazali, Syaikh Haji Mansur berasal dari Yaman dan makam beliau ada di Kampung Sungai Nipah, Teluk Intan.




Pendidikan: Sejak lagi diasuh oleh kedua orang tuannya membaca al-Quran. Pada ketika berusia 7 tahun, dihantar belajar di sekolah Melayu Pasir Panjang. Setelah tamat darjah 5 (darjah tertinggi pada ketika itu), beliau memulakan pengajian pondok di Pondok Bagan Ulu, Pantai Merdeka, di bawah pimpinan seorang ulama besar Kedah iaitu Tuan Guru Tuan Hussin Kedah. (Nama penuh beliau, Hussin bin Muhammad Nasir bin Muhamad Thayyib bin Mas’ud, keturunan dari Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Tuan Hussin wafat pada 18 Dhulqaedah 1354/10 Februari 1936. Tuan Guru Tuan Hussin Kedah sering beralih pondok, dari pondok Titi Gajah [pondok diasas oleh datuknya] – Pondok Bohor – Pondok Bagan Ulu, Pantai Merdeka – Selengkoh, Sungai Limau, Yan – Padang Lumat dan terakhir di Pokok Sena, Seberang Perai).


Setelah itu beliau memondok di pondok Tuan Guru Haji Salleh Masri di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai selama 5 tahun. Sebagaimana tradisi menuntut ilmu ketika itu bahwa tidak sempuna keilmuan seseorang sekiranya tidak melanjutkan pelajaran ke Mekah, maka pada tahun 1922 beliau seterusnya belayar ke Mekah untuk menyambung pelajarannya disana. Beliau belajar di Madrasah Shaulatiyyah, sebuah pusat pengajian yang terkenal di Mekah pada masa itu. Selepas empat tahun, beliau lulus Syahadah Nihayah pada 1926. Walaubagaimanapun Tuan Guru Haji Ghazali tidak terus pulang, sebaliknya menyambung pengajian dalam halaqah ulama’ di sekitar Masjidilharam.


Selain itu beliau juga belajar daripada ulama-ulama yang mengajar disekitar Masjidilharam. Beliau menuntut ilmu di Mekah selama lebih dari 10 tahun kerana kata beliau: Ana mengaji di Mekah selama 11 kali musim haji.


Guru-guru beliau di Mekah: Setelah sekian lama bermukim di bawah lindungan Ka’bah, tersenarailah beberapa orang ulama yang menjadi guru beliau, yang antaranya;

  • Syaikh Hasan Masyath – dalam ilmu hadits (gambar sebelah)
  • Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (Pa’ Da Eil) – ilmu-ilmi alat, hadits ,falak, nahwu dan balaghah (gambar di bawah)
  • Syaikh ‘Ali Maliki – Fiqh Maliki dan balaghah
  • Syaikh Ahmad Khurasan (tinggal bersamanya selama 2 tahun di Thaif sekaligus menjadi khadim dan anak angkat gurunya) – nahwu, munadzarah, mustholah hadits, ushuluddin dan ushul fiqh)
  • Tuan Guru Haji ‘Abdurrahman bin Haji ‘Abdullah, Merbok
  • Syeikh Harun Kambang Minangkabau – Falak/Miiqaat
  • Sayyid Hussin ‘Abdunnabi – Tasauf
  • Syaikh Ibrahim Zaidan – ilmu gerhana
  • Syaikh Mukhtar ‘Atarid Bogor


Gambar Hiasan - Pengajian Secara Halaqah


Setelah sekian lama menuntut ilmu, akhirnya tibalah masa beliau mengembangkan ilmunya dengan membuka pondok, iaitu pada tahun 1932 dengan nama Madrasah ad-Diniyah di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh iaitu di rumah mentuanya. Madrasah ini pada asalnya hanyalah sebuah bangsal kecil kenduri perkahwinannya dengan Puan Hajah Zabedah binti Haji Salleh, anak seorang hartawan tempatan. Lantaran sokongan moral dan material yang dihulurkan oleh abang iparnya, iaitu Haji Arsyad bin Haji Salleh terhadap penubuhan madrasah berkenaan telah mengilhamkan Tuan Guru Haji Ghazali menamakan ‘Madrasah Irsyadiah Diniyah’ ke atas institusi tersebut kerana mengambil sempena nama abang iparnya yang berjasa itu.


Setelah madrasah ini kian berkembang, maka pada tahun 1935 ia berpindah ke sebidang tanah wakaf di suatu tempat yang dipanggil Hujung Matang (kini dikenali sebagai Batu 26, Bagan Datoh).


Sistem pengajian di Madrasah Irsyadiah mengikut pengajian sistem pondok. Para pelajar duduk secara halaqah, bersila mengelilingi guru yang mengajar. Pelajar pondok ini bukan sahaja dari sekitar negeri Perak, bahkan juga dari Kedah, Perlis, Kemboja, Selangor dan Sumatera.


Di Madrasah Irsyadiah, Tuan Guru Haji Ghazali mengajar ilmu-ilmu alat seperti nahu, shorof, mantiq, ushul fiqh dan fiqh. Menurut Hajjah Mahmudah binti Tuan Guru Haji Ghazali, bidang ilmu yang Tuan Guru Haji Ghazali amat gemari ilah nahu, shorof, fiqh, balagah dan tasauf.



Pada zaman kegemilangannya, pondok yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Ghazali mempunyai lebih kurang 300 orang pelajar yang datang dari pelbagai negeri.


Menurut Tuan Guru Haji Hasyim bin ‘Abdul ‘Aziz Kajang, (gambar sebelah) antara murid kanan Tuan Guru Haji Ghazali yang menjadi kepala tela’ah waktu itu ialah Ustaz ‘Abbas bin Haji Muhmmad Saman, Syaikh Mahmud bin Haji ‘Abdullah Janggut Merah, Kedah dan Megat Hussin.


Madrasah ini ditutup tatkala Tanah Melayu di datangi tentara Jepun iaitu pada 1942 ekoran meletusnya Perang Dunia Kedua, dimana keluarga beliau berpindah ke Sungai Manik, Teluk Intan. Pada 1946, madrasah ini dibuka semula dan menerima pelajar dari seluruh negara.


Perkembangan seterusnya, pada 1960, Haji Ghazali telah mengetuai jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar untuk mencari dana bagi membina bangunan baru. Akhirnya pada 1970 madrasah ini berwajah baru dengan nama Sekolah Menegah Agama Irshadiyah Persendirian. Menurut menantu Tuan Guru Haji Ghazali. Ustaz Haji Muhammad Hasyim (tokoh Ma’al Hijrah Perak 1419H dan merupakan suami kepada Ustazah Mahmudah), Madrasah Irsyadiah ini telah mengalami perubahan dari sistem pondok kepada sistem persekolahan mulai tahun 1968. Dimana pelajaran akademik seperti Sains, Sejarah dan sebagainya diserapkan, tetapi masih mengekalkan sistem pondok pada pelajaran sebelah petang dan malam. Ketika ini pentadbiran pondok diserahkan oleh Tuan Guru Haji Ghazali kepada menantu beliau.


Seterusnya menjadi agama persendirian pada tahun 1970 dengan nama Sekolah Menengah Agama Irsyadiah Persendiriran. Perubahan ini termasuklah menawarkan dwi-pembelajaran iaitu bahagian ‘Arabiah yang diajar pada sesi pagi dan bahagian akademik di sebelah petang. Pendidikan ‘Arabiah diajar sehingga peringkat Sijil Tinggi Agama (Syahadah Tsanawi) dan diiktiraf oleh universiti-universiti Timur Tengah khususnya al-Azhar, Mesir. Manakala pendidikan akademik pula serupa dengan sistem sekolah menengah kerajaan yang menyediakan pendidikan menengah rendah hingga ke peringkat menengah atas yang diwujud berdasarkan daya usaha Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak.


Dan mulai tahun 1998, ia bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Isyadiyah, seleas diambil alih oleh Kementerian Pendidikan.


Murid-murid Tuan Guru Haji Ghazali: Saking hebat dan ‘alimnya Tuan Guru Haji Ghazali, maka tersenarailah beberapa orang murid beliau yang berjaya, berkat dari didikan dan tarbiyah beliau, antaranya:

  • Tuan Guru Haji ‘Ali Kemboja (mufti Kemboja)
  • Tuan Guru Haji ‘Abbas bin Haji Muhammad Saman (mudir Madrasah ‘Aziziah, Parit)
  • Dato’ Haji ‘Abdul Malek (mufti Perak)
  • Tuan Guru Haji Ghazali ‘Abdullah Senggora (Qadhi Besar Selangor/Perak)
  • Ustaz Haji ‘Abdul Halim (Qadhi Besar Perak)
  • Tuan Guru Haji ‘Abdul Shamad Noh (ahil Majlis Fatwa Perak/ Ketua Dewan Ulama PAS)
  • Drs Ahmad bin Tuan Guru Haji Ghazali (anak beliau)
  • Ustazah Mahmudah bin Tuan Guru Haji Ghazali (anak beliau)
  • Brig. Jen (B) Dato’ Haji ‘Abdul Hamid Zainal ‘Abidin
  • Dato’ Haji Salleh Haji Ahmad
  • Ustaz Haji Ahmad Ghazali (pesara Qadhi Besar Perlis)
  • Tuan Guru Haji Muhammad Hasyim bin ‘Abdul ‘Aziz ar-Rawi, Kajang (Pondok Jenderam Hilir)
  • Tuan Guru Haji Hasyim Abu Bakar (Mudir Pondok Pasir Tumboh, Kelantan) - gambar diatas
  • Tuan Guru Syaikh Mahmud Janggut Merah, Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah
  • Ustaz Ahmad Khayat (menantu)
  • Dr. Abdul Wahab Arbain
  • Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan sekarang)
  • Kiyai Haji Hasan Ma’sum (mufti Sumatera)

Menurut Tuan Guru Haji Ghazali, muridnya yang plaing ‘alim adalah anak beliau sendiri, sebagaimana kata beliau: "Antara murid ana yang paling ‘alim ialah anak ana sendiri, isteri Hasyim, [Ustazah] Mahmudah, tetapi apa boleh buat, perempuan, langkah tidak luas”.


Khidmat: Sebagai seorang ulama yang berpandangan luas, Tuan Guru Haji Ghazali sering menjadi rujukan lain-lain ulama yang ingin mendapat fatwa berkaitan sesuatu masalah. Bahkan Jabatan Agama Islam Perak turut mengiktiraf Tuan Guru Haji Ghazali sebagai pakar rujuk untuk persoalan agama. Umpamanya pada tahun 1976, Tuan Guru Haji Ghazali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menilai Darjah Kealiman Calon-calon Mufti Kerajaan Negeri Perak. Namun sebelum itu, semasa pemerintahan Sultan Alang Iskandar, Sultan Perak ke-30 (baginda adalah seorang sultan yang sangat menghormati ulama) pernah melantik Tuan Guru Haji Ghazali menganggotai Ahli Mesyuarat Ulama Perak.


Kemasyarakatan: Dalam mengembangkan dakwah Islamiah, Tuan Guru Haji Ghazali membahagikan gerak-kerja pelaksanaan dakwah kepada dua jurusan. Pertama, dakwah khas yang dipanggil khassah dan yang kedua dakwah am yang dikenali sebagai ammah. Pun begitu bagi Tuan Guru Haji Ghazali, khassah lebih diyakininya berpotensi melahirkan masyarakat Islam moden berbanding ammah kerana ia menekankan pendidikan yang bertubi kali. Dalam hal ini, Tuan Guru Haji Ghazali berpegang kepada falsafah tersendiri dalam pelaksanaan dakwah. Kata beliau: Penuntut agama adalah umpama setandan buah kelapa, ada yang gugur dibuat gulai untuk orang lain dan ada juga yang gugur dan bercambah. Yang dibuat gulai itu menunjukkan kurang tersebar ilmunya manakala yang bercambah pula bagi orang yang dapat menyebarkan ilmunya sehingga dapat melahirkan para ilmuan.”


Sebenarnya, Tuan Guru Haji Ghazali memiliki kemahiran dalam ilmu balaghah, mantik, falak, tafsir, hadits dan fiqh. Justeru itu, dia pernah ditawarkan sebagai guru agama kepada Sultan Iskandar Shah dalam tahun 1935 tetapi beliau menolak secara terhormat kerana “anak kandung yang paling disayanginya” iaitu Madrasah Irsyadiah memerlukan bimbingan serta kepimpinannya tambahan pula ia baru sahaja ditubuhkan. Kemudian sekali lagi pada tahun 1964 Tuan Guru Haji Ghazali ditawarkan jawatan Mufti Perak atas restu Sultan Idris Shah II tetapi ditolaknya juga secara lembut kerana Sekolah Agama Irsyadiah perlukan komitmennya yang khusus demi perkembangan seterusnya.


Rakan-rakan seperjuangannya yang bersama-sama menyemarakan negeri Perak dalam bidang pendidikan dan dakwah ialah Kiyai Muhammad Yasin Thoha al-Bakri (Bagan Datoh), Tuan Guru Haji Abdul Rahman (Teluk Penikam), Tuan Guru Kiai Radin Haji Siraj (Sg. Nipah Darat), Tuan Guru Hajij Abdullah (Sg. Nipah Baroh), Tuan Guru Haji Abbas (Sg. Tiang Darat), Tuan Guru Haji Masduki, Tuan Guru Haji Radzi (Selekoh), Tuan Guru Syaikh Haji Arshad (Batu 20), Tuan Guru Haji Adnan (Tg Bayan) dan Tuan Guru Syaikh Zubir (Kuala Kangsar).


Politik: Haji Ghazali juga terlibat dalam kegiatan politik semenjak di Mekah lagi. Beliau sebagai pelajar lepasan Madrasah Shaulatiyah mempunyai semangat antipenjajah yang kuat. Kerana itu, beliau mendukung perjuangan Hizbul Muslimin pada 1948 dan terlibat secara aktif dalam Majlis Ulama Hilir Perak. Majlis ini bertanggungjawab mencadangkan kepada Umno supaya mengadakan Persidangan Ulama Se-Malaya pada 1950. Setelah Persatuan Ulama Se-Malaya ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, Tuan Guru Haji Ghazali menjadi salah seorang pengasas PAS apabila beliau turut menyertai Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterwoth pada 24 November 1951. Dalam persidangan ini nama persatuan ini diubah kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).


Tuan Guru Haji Ghazali tidak pernah memegang jawatan tinggi dalam parti PAS kerana lebih memberikan tumpuan kepada madrasahnya. Namun begitu, beliau telah menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dalam hukum-hakam agama. Pada 1962, beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Tarjih Dewan Ulama PAS Pusat, iaitu sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam soal hukum agama seumpama majlis fatwa PAS.


Anugerah: Atas sumbangan jasanya dalam bidang kemasyarakatan terutamanya di dalam konteks pendidikan dan penyebaran dakwah Islamiyah, Tuan Guru Haji Ghazali telah 1989 dianugerahkan sebagai Tokoh Ulamak Silam oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), diikuti oleh anugerah Tokoh Maal Hijrah Hilir Perak (1989) dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Perak pada tahun 1990. Dan seterusnya di anugerahkan pingat Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) daripada Sultan Perak yang membawa gelaran Dato’ pada 1992. Sesungguhnya anugerah yang diterima hanyalah merupakan sekalung penghargaan dan pengiktirafan insitituti pengajian tinggi, masyarakat dan pemerintah di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan beliau setelah berjuang sepanjang hayat sebagai pendidik dan pendakwah yang disegani walaupun pada hakikatnya beliau tidak meminta itu semua.



Kewafatan: Ulama yang berjasa menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Sabtu, 3 Muharram 1418H bersamaan 10 Mei 1997 jam 1.30 petang dalam usia 98 tahun 10 bulan hijriyah. Beliau meninggal dunia kerana sakit tua.


Demikianlah sekelumit biografi ulama kita. Semoga Allah Ta'ala sentiasa mengasihi dan merahmati serta mengurniakan sebaik-baik ganjaran ke Tuan Guru Haji Ghazali dan menghimpunkan beliau dikalangan para kekasihNya. Al-Faatihah ....




Mudah-mudahan dengan paparan biografi ini menjadi inspirasi kepada kita untuk terus memperjuangan apa yang telah diperjuangkan oleh ulama kita.


Sekian dan salam hormat dari al-Haqir Abu Zahrah ‘Abdullah Thahir al-Qedahi. Catatan ini disempurnakan pada hari Rabu, 28 Rabiul Awwal 1430/25 Mac 2009 di teratakku di Gombak.



Sumber rujukan:


  • Majalah Pengasuh Bil. 570 dibawah kolum Tokoh Ulama Semenanjung Melayu oleh Muhammad Rushdi ‘Abdul Malik al-Kalantani
  • Fatimah Abu Bakar, Hj.Ghazali Gigih Berdakwah (Berita Perak, Nov-Dis.1989); Kertas Kerja : Sejarah Perak dalam Kebangkitan Ulama, (Jabatan Agama Islam Perak,1983)
  • Zabidin Haji Ismail, Transkrip Biodata Penerima Anugerah Ma’al Hijrah 1414 Daerah Hilir Perak sempena Majlis Anugerah Maal Hijrah Peringkat Daerah Hilir Perak pada 19 Ogos 1993
  • Website Dewan Ulamak PAS

Hati penuh noda sekadar iktibar

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para wali Allah, para ulama, para pemimpin, semua muslimin dan muslimat.

Ketika hamba sedang duduk memahami buku mandarin bahagian ke-03, hamba tiba-tiba berasa tidak tenang. Hati berasa tidak tenteram dan tidak selesa. Teringat akan hamba kepada kata-kata tuan guru hamba bahawa hati tidak tenang menunjukkan ada noda-noda hitam di dalam hati. Hati yang kotor dan tidak bersih kerana dipenuhi tompok-tompok hitam menyebabkan hati itu menjadi tempat syaitan melempiaskan serangan-serangan hebat untuk terus menjatuhkan manusia ke lembah hina dan dimurkai Allah. Hati yang leka dek tidak mengenang Allah menyebabkan ia lalai dan memudahkan kerja syaitan untuk menyerongkan pandangan manusia ke arah kegelapan. Hati yang setiap denyutannya alpa menyebabkan syaitan masuk dan melalui urat darahnya sehingga menyebabkan tubuh manusia itu tidak lagi asyik akan Allah.

Kadang-kadang kita leka dan lena dibuai 'mimpin neraka dunia' sehingga lupa akan tujuan asal kita dihantar ke muka bumi Allah ini. Kita alpa dengan kehidupan duniawi yang mengasyikkan. Kita tidak peduli akan aturan-aturan yang telah Allah wahyukan kepada orang yang amat kita cintai, junjungan mulia Rasullullah SAW. Kita membaca ummul kitab setiap hari di dalam waktu solat fardhu tetapi kita tidak menghayati apa yang terkandung di dalam kalimah suci tersebut. Kita membaca ayat-ayat suci al-Quran hampir setiap hari tetapi kita tidak menghayati dan melaksanakan apa yang telah Allah sampaikan melalui ayat-ayat suci al-Quran tersebut.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang zalim dan sentiasa lupa akan zikir kepadaMu.

Hamba lalai dan tidak mengenangMu. Itulah akibatnya hati hamba semakin kotor dan tidak tenang. Agak banyak yang hamba baca tentang persoalan din tetapi hamba tidak amal dan tidak berusaha untuk menjadi hambaMu yang terbaik. Benarlah firman Allah di dalam surah al-Ash yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta sentiasa berpesan-pesan tentang kebenaran dan kesabaran." Memang hamba selalu berada di dalam kerugian sehingga lalai dan alpa terhadapMu.

Hamba mencari beberapa buah buku berkaitan persoalan din untuk mengubat dan mencari satu titik untuk mengembalikan semangat.

Di dalam buku bertajuk Ayyuhal Walad karangan Sheikh al-Islam al-Imam al-Ghazali r.a., banyak pengetahuan dan hikmah yang boleh kita dapat daripadanya. Nasihat-nasihat yang ditulis oleh Hujjatul Islam itu amat bernas dan bersesuaian dengan jiwa muda bagi seseorang remaja mahupun dewasa. Sesiapa yang membacanya dengan hati yang khusyuk pasti terkesan hingga menusuk ke dalam qalbu.

Moga kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik.

Di dalam surah al-Ikhlas, Allah berfirman yang bermaksud "Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu tempat bergantung (tempat berserah)..." Berdasarkan firman tersebut, wajarlah kita berserah kepada Allah dan bergantung kepada Allah atas segala kesempitan dan kelemahan yang kita alami.

Tulisan ini hanya sekadar mengambil iktibar.

Assalamualaikum.

Nasihat Imam Jaafar as-Siddiq r.a.

DUHAI ANAKKU, barang siapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allâh, maka dia kaya. Barang siapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin. Barang siapa tidak ridha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allâh kepadanya, maka dia telah menentang keputusan-Nya (qadhâ). Barang siapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain. Barang siapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.


Duhai anakku, barang siapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap. Barang siapa menghunus pedang seorang yang bengis, maka dia akan terbunuh darinya. Barang siapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri yang akan terjerumus ke dalamnya. Barang siapa memasuki tempat-tempat yang biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan. Barang siapa bergaul dengan ulama, dia akan dimuliakan. Dan barang siapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.


Hasil tulisan dikreditkan kepada www.taman-ilmu.com