Kalau terpesona dengan ni’mat dunia yang bersifat sementara, maka kita akan terlepas dengan ni’mat akhirat yang kekal selamanya.
Kasihsayang boleh menyembuhkan segala kepedihan hati.
Apa ertinya yang bebas sedangkan hatinya terpenjara dengan hawa nafsu yang mencegahnya daripada zikrullah.
Kalau kita tidak pernah menangis, maka menangislah kerana kita tidak pernah menangis.
Kenapa malu kita kepadam anusia lebih kita utamakan daripada malu kita kepada Allah?
Penyakit umat Islam sekarang ini adalah malas, kerana dengannya akan menjadikan segalanya tertangguh.
Kalau masih gelisah di dalam majlis zikir atau majlis ilmu, bererti kita masih terhijab dengan rahmat Allah Ta’ala.
Biar kelu dalam ucapan atau kaku dalam ceramah, tetapi jangan kelu dalam mebaca al-Quran dan kaku dalam mengerjakan ibadah.
Para sholihin, bathin mereka lebih cantik daripada zahir, sedangkan kita sebaliknya.
Apa erti badan yang sihat dan rupa yang cantik, sedangkan belum terjamin keselamatannya daripada dijilat api neraka.
Tiada sesuatupun yang dijadikan Allah itu sia-sia. Apa sahaja yang ditaqdirkan berlaku tersirat hikmah dan tujuan yang tertentu yang tidak difahami oleh akal manusia.
Gigih beribadah diwaktu muda membawa kesan rohani di waktu tua.
Sembunyikan kebaikanmu sepertimana kamu sembunyikan ke’aibanmu.
Lebih elok keliru dalam memaafkan daripada keliru dalam menghukum.
Sesiapa yang menjaga pandangan mata, maka ia akan dianugerahkan kemantapan hati.
Selasa, 28 April 2009
Kata-kata Hikmah Oleh Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki 2
Hasil tulisan dikreditkan kepada Abu Zahrah (al-Fanshuri-kenaliulama.blogspot.com)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan