Maklumat ringkas tentang kitab
Judul kitab: al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab
Kategori: Fiqih
Pengarang: al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muttalib al-Indonisi al-Mandili
Jumlah halaman: 62 halaman
Tarikh mula dan selesai dikarang: Mula disusun pada 19 Rajab 1378H dan selesai pada hari Selasa, waktu zohor, 8 Ramadhan 1378H - – di Makkah al-Mukarramah
Kitab ini disusun oleh Syaikh ‘Abdul Qadir al-Mandili [gambar sebelah] atas permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad al-Fathani, bagi menjawab sebuah kitab tulisan Tuan Hasan Ahmad Bandung [pengerak kaum muda di Indonesia] yang bertajuk al-Mazhab Wajibkah atau Haramkah bermazhab?
Kita sering dengar ada golongan yang menuduh mereka yang mengikuti mazhab-mazhab yang mu’tabar adalah golongan yang bertaqlid manakala mereka mendakwa mereka pula adalah golongan ittiba’. Maka berserulah mereka supaya tinggalkan taqlid! … haram bertaqlid! … berpegang teruslah kepada sumbernya al-Quran dan al-Sunnah!. Maka kitab tulisan Syaikh Abdul Qadir al-Mandili menjawab persoalan ini dengan memuaskan hati, kerana cukup dengan hujjah yang terang dan alasan yang kuat. Oleh itu bagi sesiapa yang ingin mengetahui jawabannya, maka silalah dapatkan kitab berkenaan. Setahu al-Faqir, kitab ini sudah tiada lagi dipasaran di Tanah Melayu, kalau adapun mungkin di Wilayah Fathani, tetapi jangan gusar kerana ianya boleh dimuat-turunkan dari blog Pondok Tampin. Semoga Allah melipat gandakan ganjaranNya kepada al-Fadhil Ustaz Rauf diatas usaha beliau ini.
Sedikit petikan dari isi kitab:
“ ……. (Bab yang keempat pada menyatakan ijtihad dan ittiba’ dan taqlid dan talfiq)
Bermula ijtihad itu mengeluarkan segala kekuasaan pada menilik kepada segala dalil supaya mendapat akan dzon dengan hukum, dan orang yang mengeluarkan itu dinamakan mujtahid dan dengan faqih. Disyaratkan pada ijtihad itu beberapa syarat:-
[Pertama] mengetahui ia akan segala nash Quran dan hadits dan kelakuan sekelian yang menceritakannya, dan
[Kedua] mengetahui ia akan segala masalah yang ijma’ ulama padanya, supaya tiada menyalahi ia akan dia, dan
[Ketiga] mengetahui ia akan bahasa arab, dengan sekira-kira kuasa ia mentafsirkan barang yang datang di dalam Quran dan hadits daripada lafaz yang gharib (yang payah maknanya) dan seumpamanya, dan
[Keempat] mengetahui ia akan ilmu usul fiqh masuk didalamnya oleh qiyas, yang
[Kelima] mengetahui ia akan nasikh dan mansukh, supaya tiada menghukumkan ia dengan ayat yang mansukh atau hadits yang mansukh.
Bersalah-salahan ulama pada mensyaratkan akan mengetahui dalil aqal dan ilmu usuluddin dan ilmu furu’ (ilmu feqah). والله أعلم …….” – al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab, halaman 30 –
“ …….. (Fashal yang kedua: Ittiba dan Taqlid) Bermula taqlid itu mengambil perkataan orang yang lain dengan ketiadaan mengetahui dalilnya, dan orang yang bertaqlid itu mereka yang tiada sampai kepada pangkat ijtihad. Adapun mengambil perkataan orang serta mengetahui dalilnya maka iaitu ijtihad setuju dengan ijtihad orang yang berkata itu, kerana yang mengetahui dalil itu hanya sanya ada ia bagi mujtahid, kerana terhentinya atas mengetahui selamat dalil itu daripada yang berlawanan dengan dia, dan yang demikian itu terhenti atas memerkasa segala dalil semuanya dan tiada kuasa atas yang demikian itu melainkan mujtahid.
Dan adapun ittiba itu maka adalah ia masuk didalam taqlid pada istilah mutaakhirin, kerana pada sisi mereka itu hanya sanya terbahagi manusia itu kepada dua bahagi, [pertama] mujtahid dan [kedua] muqallid …..” – al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab, halaman 31-32. - tamat petikan dari kitab al-Mazhab -
Sabtu, 22 November 2008
Kitab: Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab (Pustaka Al-Fanshuri)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan