Ahad, 22 Jun 2008

Maulid Nabi oleh Al-Qardhawi (Bahrusshofa)

Syaikh Yusuf al-Qardhawi adalah antara ulama kontemporer yang dikenali ramai. Nampaknya Syaikh Yusuf tidaklah termasuk ulama yang membid`ahsesatkan umat yang menyambut Mawlidin Nabi s.a.w. Bahkan beliau menegaskan bahawa tuduhan sesetengah pihak yang anti-mawlid bahawa orang yang mengadakan sambutan peringatan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. berbuat bid`ah yang munkarah adalah tuduhan atau kata-kata yang kosong, yang tidak bererti, tidak bermakna dan tidak berfaedah. Maka marilah kita tinggalkanlah perkataan dan tuduhan kosong yang mencemoh umat menyambut hari gembira, hari keputeraan Rasul junjungan s.a.w.

Tiada ulasan: