Sabtu, 7 Jun 2008

Harga minyak

1. Kenaikan harga minyak sebanyak 40% daripada harga sebelum ini telah membebankan keseluruhan rakyat. Rata-rata rakyat daripada pelbagai latar belakang tidak berpuas hati dengan kadar kenaikan terbaru yang jelas amat tinggi.

2. Kenaikan harga minyak dibuat oleh Pak Lah secara terburu-buru tanpa memberi petunjuk secara jelas kepada rakyat yang harga minyak akan naik mendadak di dalam jangka masa terdekat. Sebelum ini, menteri Pak Lah bernama Shahrir Samad pun dengan yakin memberitahu yang harga minyak hanya akan naik paling cepat pada Ogos ini.

3. Ini bermakna kerajaan pimpinan Pak Lah tidak ada amanah dan ketelusan dalam melaksanakan tindakan. Malah apa-apa maklumat yang disampaikan oleh barisan kepimpinan Pak Lah tidak boleh diterima dengan mudah pada masa akan datang kerana berkemungkinan besar maklumat itu tidak tepat ataupun hanya untuk mengaburi mata rakyat. Terdapat kemungkinan bahawa informasi terdahulu daripapa barisan kepimpinan Pak Lah adalah tidak benar.

4. Pak Lah telah menipu rakyat di dalam hal kenaikan harga minyak. Sebenarnya, Pak Lah tidak perlu berbohong kepada rakyat jikalau beliau berasa tindakan yang dibuat adalah benar dan amat perlu untuk keadaan semasa.

5. Kesan kenaikan harga minyak yang terlalu mendadak akan menyebabkan kelumpuhan sosio-ekonomi negara.

6. Kebanyakan rakyat tidak lagi akan kerap berjalan mengambil angin, berekreasi atau bersiar-siar bersama keluarga. Jadi hal demikian menyebabkan wujud tekanan di dalam institusi keluarga dan masyarakat.

7. Kawasan pelancongan akan semakin kurang dilawati dan dikunjungi oleh rakyat. Situasi berkenaan akan melumpuhkan sektor pelancongan di dalam jangka masa panjang.

8. Kedai-kedai runcit atau pasaraya kecil akan mengalami kerugian dan akibatnya banyaklah yang akan gulung tikar. Semestinya kebanyakan kedai-kedai runcit Melayu yang akan terlebih dahulu gulung tikar kerana barang-barang banyak yang dibekalkan oleh Cina yang jelas akan menaikkan kadar harga terhadap peniaga Melayu berbanding peniaga Cina. Malah pasaraya besar berorientasikan jualan murah yang didominasi oleh Cina akan meraih lebih untung sebab mereka menjual barangan pada kadar yang lebih murah seperti Tesco dan Giant.

9. Hasil jualan kereta oleh syarikat-syarikat kereta terutamanya Proton, Perodua, dan Naza akan menurun. Penurunan hasil jualan kereta akan mengurangkan kadar keuntungan dan berkemungkinan besar syarikat-syarikat kereta terbabit bakal mengalami kerugian.

10. Selain itu, di dalam institusi keluarga pula, akan berlaku lebih banyak gejala tidak sihat. Mungkin situasi akan datang akan jadi seperti di Indonesia, di mana kebanyakan anak-anak gadis terpaksa menjual badan demi mencari sesuap nasi. Tekanan yang melampau akibat kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan asas akan menyebabkan kekurangan zat di kalangan kanak-kanak dan remaja kerana kekurangan duit untuk membeli makanan yang diperlukan.

12. Kes pecah rumah dan kecurian juga akan meningkat dek ketiadaan duit untuk membeli makanan. Malah anggota keselamatan pun mungkin tidak ada kesungguhan untuk melakukan tugas dengan lebih baik kerana bebanan kerja dan tanggungan terhadap keluarga yang kian meningkat.

13. Justeru, Pak Lah perlu menimbang semula peningkatan harga minyak secara mendadak dan pada kadar yang amat tinggi.

14. Jikalau Pak Lah tidak mendengar keluhan rakyat, pasti rakyat akan melakukan sesuatu demi merubah keadaan kepada lebih baik.

15. Pak Lah perlu berundur daripada tugasnya sekarang kerana jika beliau terus memegang tampuk pemerintahan tertinggi pasti rakyat akan lebih derita.

Tiada ulasan: