Sabtu, 13 Jun 2009

Orang Melayu Rasis?

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullulah SAW, ahlul bait, para sahabat, tabi' tabi'en, para wali Allah, para ulama, para pemimpin dan semua muslimin.

Sejak kebelakangan ini isu-isu sensitif semakin panas dan diapi-apikan oleh pelbagai pihak.

Isu-isu sensitif tersebut meliputi apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia dan Pelembagaan Tanah Melayu seperti hak keistimewaan Bumiputera, agama Islam, bahasa Melayu, kedaulatan Sultan-sultan Melayu, dan bermacam-macam lagi.

Ada juga isu-isu yang menyentuh perihal sejarah Tanah Melayu yang telah lama berlalu dan kini dipanaskan oleh golongan yang ingin mencetuskan suasana huru-hara di Malaysia.

Orang melayu sekarang semakin menjadi terasing di Tanah Melayu (Malaysia). Apabila orang Melayu mempertahankan hak-hak seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan, mereka akan dituduh rasis dan tidak berfikiran terbuka malah dianggap sebagai fanatika atau extremis. Ada sesetengah kes orang Melayu 'diwajibkan' memohon maaf secara terbuka dan dibuang jawatan atau pun dilucutkan pangkat. Inilah fenomena yang akan terus menghantui orang Melayu pada masa depan. Mungkin hampir kebanyakan orang Melayu bakal menjadi pendatang asing di tanah sendiri tidak lama lagi bahkan mungkin dihalau keluar dari tanah air tercinta.

Apabila orang bukan Melayu bercakap tentang hak-hak mereka dan mempertikaikan hak-hak orang Melayu, tidak pula orang bukan Melayu itu dianggap rasis. Keadaan ini terbalik pula. Orang bukan Melayu yang bukan penduduk asal kepulauan Tanah Melayu telah dianggap seolah-olah menjadi 'Tuan Besar' di tanah yang menjadi hak milik orang Melayu. Mereka seolah-olah boleh buat apa sahaja di tanah hak milik orang Melayu dan tidak dilihat sebagai kesalahan malah tidak 'diwajibkan' memohon maaf walaupun kesalahan mereka itu teramat besar dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pada suatu ketika, orang Melayu bertegas tentang hak-hak Bumiputera dan kedaulatan Sultan-sultan Melayu serta agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Esoknya pasti ada suara-suara sumbang yang mengutuk dan mempertikaikan tindakan orang Melayu tersebut. Suara-suara sumbang akan berkata "sikalang zaman sulah belubah, bukan tahun 1957 lagi dah aa".. "lu olang jangan suka itu sebut-sebut hak-hak Melayu lagi aa".. "sikalang olang bukan Melayu pun mau itu hak-hak juga aa".. "kalau lu olang mau sebut-sebut itu hak istimewa olang Melayu sama juga itu Suletan-suletan dan agama Islam aa.. gua kasi potong gaji aa.. gua talak sokong itu Balisan Nasional aa".. "Lu olang melayu aa manyak lasis (rasis) aa".. Begitulah keadaan yang akan berlaku.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini telah memberi petunjuk bahawa orang Melayu semakin lemah dan terus lemah serta mungkin rebah terjelepok ke Tanah Melayu. Tidak ada orang Melayu yang berani mengambil tindakan tegas dan keras demi mempertahankan perkara-perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya yakni sebahagian orang Melayu yang telah lupa asal-usul telah menyokong penghapusan etnik Melayu oleh orang bukan Melayu secara halus. Contohnya, di Perak, orang Melayu yang telah dihasut oleh pemikiran jahat pihak tertentu sanggup berbaring di atas jalan raya menghalang laluan kereta pemangku Sultan Perak. Mereka membaling batu ke arah kereta pemangku Sultan Perak. Mereka lebih sanggup melihat penghinaan terhadap simbol kekuatan orang Melayu yakni Sultan berdaulat. Bagi mereka lebih baik raja-raja bukan Melayu yang menjadi Sultan mereka kerana raja-raja bukan Melayu suka jadikan mereka sebagai 'boneka' yang boleh ditendang ke sana, ditendang ke sini.

Orang Melayu sekarang mungkin ada yang sedar tentang fenomena penghapusan etnik Melayu di Tanah Melayu sendiri. Penghapusan etnik Melayu sedang berlaku secara halus dan terancang oleh pihak-pihak tertentu yang ingin melihat kepupusan bangsa Melayu.

Kesan penghapusan bangsa Melayu hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa 30 ke 40 tahun lagi yang mana pada ketika itu tidak akan wujud lagi bangsa bernama Melayu, yang akan wujud pada masa itu mungkin Merayu atau pun Mukayu setidaknya Merayau.

Peringatan kepada bangsa Melayu:
--- bertegaslah dan bertindaklah demi kesinambungan kata-kata Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"---