Khamis, 25 Disember 2008

Berdoa dengan doa atau wirid atau hizib yang tidak warid daripada Nabi SAW

Adakah boleh berdoa dengan sebarang doa atau wirid-wirid atau hizib-hizib yang tidak warid dari Nabi s.a.w?...

Jawab: Adalah harus berdoa dengan sebarang doa atau wirid-wirid bacaan , misalnya bacaan selepas sembahyang sekalipun yang tidak pernah dibaca oleh Nabi s.a.w. Ya. Memang , pada asasnya , wirid-wirid atau doa-doa yang pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w adalah Afdhal atau utama dibaca berbanding dengan yang tidak pernah dibaca oleh Baginda s.a.w.
Ini kerana kaedah الأشيأ اباحة مالم يدل الدليل على التحريم

“Setiap perkara itu adalah harus dilakukan , selama-mana tiada larangan melakukannya”.

Lagipula terdapat hadis yang menjadi dalil kaedah tersebut:

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Thobarani dengan isnad yang Jayyid sebagaimana yang dinyatakan oleh al-hafidz al-Haitsami , dari Anas r.a : bahawa Rasulullah s.a.w telah melintas dihadapan seorang Arab Badawi yang sedang sembahyang yang berdoa didalam sembahyangnya dengan bacaan:


يا من لا تراه العيون , ولا تخالطه الظنون , و لا يصفه الواصفون , ولا تغيره الحوادت , و لا يخشى الدوآئر , يعلم مثاقيل الجبال , ومكاييل البحار , وعدد ما أظلم عليه الليل , وأشرف عليه النهار و ولا توارى منه سمآء سمآء, زلا أرض أرضا , ولا بحر فى قعره , ولا جبل ما فى وعره , اجعل خير عمرى آخره , وخير عملى خواتمه , وخير أيامى ألقاك فيه .


Ertinya: "Wahai Tuhan yang tidak boleh dilihat oleh mata, Tuhan yang tiada syak pada kewujudannya, Tuhan yang tiada dapat dirupa-rupakan, dan tiada dapat disifat-sifatkan , Tuhan yang tiada dapat di ubah-ubah oleh zaman, Tuhan yang tiada takut terkena bencana, Tuhan yang mengetahui berat timbangan gunung, Tuhan yang mengetahui sukatan air laut, Tuhan yang mengetahui titik-titik air hujan , Tuhan yang mengetahui bilangan daun-daun yang ada dipokok-pokok, Tuhan yang mengetahui bilangan malam apabila gelap-gelita, mengetahui bilangan siang apabila cahaya memancar. Tuhan yang tiada terlindung oleh dasar laut, Tuhan yang tiada terlindung oleh tempat-tempat sulit digunung-gunung , Ya Allah , mohonlah sebaik-baik umur bagi hambamu ini, pada kesudahannya, sebaik-baik hari hamba, iaitu hari mengadap Mu."

Apabila selesai Badawi tersebut , Rasulullah s.a.w telah memanggilnya dan menghadiahkan seketul emas yang telah dihadiahkan oleh orang sambil bersabda :
وهبت لك آالذهب بحسن ثنآئك على الله عزوجل .
Daku berikan kamu emas ini , sebab baik pujian kamu kepada Allah azza wa jalla”.

Berdasarkan hadis ini dapat di fahami:

1. Pengakuan Nabi s.a.w terhadap ain doa yang telah dibaca oleh arab badawi tersebut. Oleh itu adalah satu Sunnah taqririyyah , mengamalkan dan membaca ain doa tersebut.

2. Pengakuan Nabi s.a.w terhadap perbuatan berdoa dengan doa yang tidak pernah dibaca oleh Nabi s.a.w.

Oleh yang demikian : Adalah harus membaca atau mengamalkan sebarang doa atau wirid atau hizib-hizib Tarekat yang tidak di waridkan dari Nabi s.a.w, selagi ianya tidak bercanggah dengan akidah, syari'ah dan akhlak Islam. wallahu a'lam.

Kelebihan ZIkir

Mungkin tajuk ini adalah tajuk ulangan sebelum ini. Tapi kami merasakan penting untuk diri kita dan sahabat-sahabat semua. Jadi, kami ingin berkongsi sedikit ‘ilmu dengan sahabat semua tentang perkara ini.

Junjungan Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah S.W.T., serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh-musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong lehermu?” Kemudian para sahabat bertanya, “Apakah itu wahai Rasul?” Beliau menjawab: “Zikir kepada Allah S.W.T.” (Hadith Riwayat al-Baihaqi).

Nabi panutan kita telah bersabda lagi yang bermaksud:

“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

Bersabda lagi Sayyidina wa Maulana Muhammad s.a.w.:

“Zikir yang paling baik ialah kalimah لا إله إلا الله” (Hadith Riwayat al-Tirmidhi).

“Bahawasanya seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya syari’at Islam sudah banyak saya terima, maka terangkanlah kepada saya sesuatu yang mudah dikerjakan. Nabi menjawab: Hendaklah lidahmu basah dengan zikir Allah.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah).

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Tidak berkumpul sesuatu kumpulan dalam rangka berzikir kepada Allah melainkan memeluk akan mereka itu malaikat-malaikat, dilindungi atas mereka rahmat, dan turun ke atas mereka ketenangan dan mereka dingat akan Allah Ta’ala di hadapan makhluk yang banyak pada sisiNya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

Berkata Ibnu Ata’illah al-Sakandari di dalam kitab al-Hikamnya:

“Janganlah engkau meninggalkan zikir kerana semata-mata engkau belum benar-benar ingat kepada Allah sewaktu berzikir, sebab kelalaianmu kepada Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalainmu terhadap Allah ketika kamu berzikir. Semoga Allah menaikkan darjatmu melalui zikir yang kamu lakukan dengan lalai, kepada zikir yang penuh sedar kepada Allah. Kemudian ia meningkat pula kepada zikir yang penuh sedar serta ingat kepada Allah kepada zikir yang disertai rasa hadir. Selepas itu ia terus meningkat daripada zikir yang disertai rasa hadir kepada martabat zikir sehingga lupa terhadap sesuatu selain Allah. Hal yang demikian adalah tidak sukar bagi Allah.”

Semoga kita dapat mencapai martabat zikir yang terakhir itu.


لا إله إلا الله محمد رسول الله فى كل لمحة و نفس عددما و سعه علم الله

( rujuk asal drpd malakian.blogsome )

Kelebihan Berzikir

Haul Imam Al-Haddad (Bahrus Shofa)

Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad wafat pada 7 Dzul Qa`edah 1132H. Beliau adalah seorang waliyullah yang mencapai darjat quthub dan ahli dakwah yang unggul. Mufti negeri-negeri Hadhramaut, Habib 'Abdur Rahman dalam "Ghayatu Talkhis al-Murad" menyatakan bahawa Imam al-Haddad adalah mujaddid kurun yang ke - 11H. Maqamnya sebagai wali Quthub atau Sulthanul Awliya` telah diketahui umum dan diperakui oleh para ulama pada masa hayat beliau dan selepasnya.

Diceritakan bahawa Syaikh Abu Thayyib al-Maghribi telah bermusafir ke Maghribi untuk menziarahi kaum keluarganya di sana. Semasa di Maghribi, dia mendengar tentang seorang wali yang terkenal, lalu dia pun pergi menziarahi wali tersebut. Semasa berziarah dan melihat wali tersebut, terdetik dalam hatinya bahawa wali ini sudah tentu seorang Quthub. Tiba-tiba wali tersebut memandang tepat kepadanya dan menyatakan bahawa beliau bukanlah Quthub yang dicarinya kerana Quthub tersebut berada di Yaman, iaitu Sayyid 'Abdullah bin 'Alawi al-Haddad rhm.

Haul @ Hol Imam al-Haddad telah diperingati di berbagai tempat di Malaysia, alhamdulillah. Kenapa kita memperingati hol Imam besar ini? Bukan untuk bermegah-megah atau bersuka-suka, tetapi antaranya, sebagai ikhtiar "ngalap berkat" dan mendapat madad dan syafaat Imam al-Haddad pada hari di mana amalan kita dihisab. Mudah-mudahan pada hari tersebut, kita memperolehi syafaat Imam al-Haddad dan para leluhurnya terutama sekali Jadduhul A'dhzam, Junjungan Nabi s.a.w.

Sebagai pengikut Ahlus Sunnah wal Jamaah, semestinya kita percaya kepada adanya syafaat daripada orang-orang yang diizinkan Allah s.w.t. untuk memberikannya. Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali r.a. dalam kitab "Ihya` Ulumiddin" menyatakan:-
"Dan hendaklah kita beriman yakni percaya dengan (adanya) syafaat para nabi, kemudian syafaat para ulama, kemudian syafaat para syuhada`, kemudian syafaat segala orang mukmin menurut jah dan kedudukannya di sisi Allah ta'ala."
Mudah-mudahan dengan kita memperingati al-Habib, maka al-Habib akan juga ingat kepada kita. Mudah-mudahan al-Habib sudi mendoakan kita agar sejahtera di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan kita dikumpulkan bersama beliau dalam syurga Firdaus beserta nendanya yang mulia Junjungan Nabi s.a.w. Allahu ... Allah, inilah kesudahan cita-cita kita, untuk dapat bersama mereka dalam keredhaan dan rahmat Ilahi Rabbi. ..... al-Fatihah bil qabul

Maulid Dibaie

Mawlid ad-Diba'ie adalah antara mawlid yang indah susunan katanya. Karya seorang ulama dan ahli hadits terkemuka berdarjat hafiz, Imam Wajihuddin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Umar bin 'Ali bin Yusuf bin Ahmad bin 'Umar ad-Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafi`i. Beliau dilahirkan pada 4 haribulan Muharram tahun 866H dan wafat hari Jumaat 12 Rajab tahun 944H.

Selain susunan kata yang indah cipta, jangan pula kita lupakan maksud susunan kata tersebut yang tiada lain selain cuba menggambarkan kepada kita akan kepribadian manusia pilihan yang menjadi ikutan dan idola kita. Imam ad-Diba`ie rhm. antara lain mensifatkan Junjungan Nabi s.a.w. seperti berikut:-

Adalah Junjungan Nabi s.a.w. itu, sebaik-baik manusia dari segi kejadian dan akhlaknya. Bagindalah orang yang paling benar menunjuki jalan Allah. Akhlak baginda adalah al-Quran dan sifat pemaaf menjadi tabiatnya. Baginda suka memberikan nasihat kepada manusia serta banyak membuat ihsan. Baginda memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya, tetapi jika dicuaikan hak Allah, maka tiada siapa yang dapat menahan kemarahannya. Sesiapa yang melihat baginda sekali pandang akan merasa gerun kepadanya (kerana kehebatan baginda). Apabila dipanggil oleh orang miskin, baginda menyahut panggilan tersebut. Baginda berkata benar walaupun pahit. Baginda tidak pernah menaruh perasaan hendak menipu atau menyusahkan orang lain. Sesiapa yang melihat wajah baginda, nescaya nampak nyata yang ianya bukan wajah seorang pendusta.

Adalah Junjungan Nabi s.a.w. tidak pernah mengeji atau mencela orang. Jika baginda bergembira, wajahnya seolah-olah bulan purnama. Apabila baginda berkata-kata dengan manusia, maka seolah-olah mereka mengambil buah-buahan yang manis daripada mulut baginda. Apabila baginda tersenyum, maka senyumannya sejuk menawan seperti butir-butir embun berturunan. Apabila baginda bercakap-cakap, seolah-olah mutiara berguguran daripada percakapan baginda tersebut. Apabila baginda mengucapkan sesuatu, maka seolah-olah kasturi yang keluar daripada mulut baginda. Jika baginda lalu di suatu tempat, maka dapat diketahui bahawa tempat itu telah dilalui baginda kerana bau harum baginda masih tercium di tempat tersebut. Jika baginda duduk di suatu tempat, akan berkekalan keharuman baginda beberapa hari di tempat tersebut. Bau baginda sentiasa harum semerbak walaupun baginda tidak memakai sebarang wangian. Jika baginda berjalan bersama-sama para sahabat, maka seolah-olah baginda bulan purnama yang dipagar bintang. Jika baginda datang ke suatu tempat pada waktu malam, orang - orang yang ada di tempat tersebut merasakan seolah-olah berada di waktu Zuhur disebabkan cahaya baginda. Adalah Junjungan Nabi s.a.w. itu sangatlah pemurah orangnya. Baginda sangat berlembut terhadap anak-anak yatim dan para janda. Setengah sahabat yang pernah menceritakan sifat baginda menyatakan: " Tidak pernah aku melihat seorang yang berambut hitam memakai pakaian merah yang lebih kacak lagi tampan dari baginda Rasulullah s.a.w."
Allahu .. Allah, betapa hebatnya kejadian diri dan pribadi Junjungan Nabi s.a.w. yang mulia. Sungguh bagindalah ciptaan teragung Allah yang tiada tara. Moga sentiasa baginda kita jadikan idola dan ikutan serta contoh teladan sepanjang zaman. Dengan menghadirkan diri dalam majlis-majlis mawlid, diharap kita semakin memahami hal-ehwal dan prilaku manusia agung ini serta bertambah pula kecintaan kita kepada baginda.


Mawlid ad-Diba'ie

Hukum Membaca Al-Quran Al-Karim Di Kubur

Menjadi kebiasaan orang kita, apabila menziarahi kubur akan membaca ayat-ayat suci al-Quran, setidak-tidaknya surah al-Fatihah. Dan biasa juga yang duduk seketika di sisi kubur insan tersayang untuk membaca surah Yaasin. Zaman berzaman hal ini dilakukan, dari generasi moyang ke datuk seterusnya ke bapa dan akhirnya ke anak. Tanpa ada tegahan dan larangan atau sindiran daripada mana-mana pihak. Cuma akhir - akhir ini, ada yang membid`ahkan amalan membaca al-Quran di kuburan. Untuk pengetahuan, hal ini memang ada khilaf, bila ada khilaf terpulang untuk pihak mengikut mana pendapat yang hendak dipegang. Kita di rantau sini yang telah sekian lama mengikut mazhab Syafi`i yang berpegang kepada kesunnahan membaca al-Quran di kuburan. Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menyatakan:-
  • Imam asy-Syafi`i dan sahabat-sahabatnya (yakni ulama-ulama mazhab Syafi`i) menyukai (dihukumkan mustahab) agar dibacakan sesuatu dari al-Quran di sisinya (di sisi perkuburan), bahkan mereka menyatakan jika sekiranya dikhatamkan sekalian al-Quran itu adalah baik.

Dalam kitab "ad-Dzakhiratuts-Tsaminah" dinyatakan :-

  • Dan sesungguhnya terdapat riwayat mutawatir bahawasanya Imam asy-Syafi`i telah menziarahi kubur Imam Laits bin Sa`ad dan beliau telah memujinya dengan pujian yang baik dan telah membaca di sisi kuburnya al-Quran sekali khatam. Seterusnya beliau berkata: " Aku berharap agar berterusan perbuatan ini", dan begitulah berterusan perkara tersebut seperti demikian.

Dalam kitab yang sama juga dinyatakan:-

  • Imam al-Khallal telah meriwayatkan Imam asy-Sya'bi sebagai berkata:- "Adalah orang-orang Anshar, jika ada yang meninggal dunia di antara mereka, maka mereka secara bergantian datang ke kuburnya untuk membacakan al-Quran.

Akhir kalam, buat kali ini, insya-Allah, Syaikh Abdur Rahman al-Jaziri dalam kitab "al-Fiqh 'ala Madzahibil Arba`ah" menyatakan:-

  • Dan sewajarnya bagi orang yang menziarahi tanah perkuburan untuk menyibukan dirinya dengan doa dan tadharru` (merendah diri) dan mengambil iktibar dengan orang-orang mati serta membacakan al-Quran untuk si mati. Maka yang sedemikian tadi bermanfaat untuk si mati atas qawl yang asah.

Yang tak nak baca, tok sahlah baca, duduk diam-diam, bertafakkur ke, ikut style Samy Velu. Kita yang bermazhab Syafi`i, bacalah al-Quran dan diakhiri dengan doa dan istighfar.

Berdoa (Pondok Tampin)

RINGKASAN ADAB-ADAB BERDOA.


OLEH UST. ABD. RAOF NURIN AL BAHANJI .
TAMPIN NSDK.





Sepuluh adab-adab doa’.

Yg disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin .

1.Mestilah memerhatikan waktu-waktu yang syarifah (mulia).Mencari waktu-waktu yg maqbul misalnya hari Arafah, Jumaat.
2 .Menuntut keadaan yg baik , misalnya keadaan sangat berhajat/ suntuk.
3.Menghadap kiblat.
4.Merendahkan suara diantara dengar dan tidak /
5.Tidak dengan cara takalluf. / tidak mengeraskan bunyi suara.
6.Disertai khuyuk /tadarru’ /rasa haibah dan rahabah kan tuhan.
7.Dengan jazam doa pasti diterima. Cuma masa saja hukmul waqti (berlaku hanya apabila tiba masanya).
8.Bersungguh-sungguh dan mengulang-ulangi doa’.
9.Dimulai dengan dengan nama Allah, selawat , zikrul Allah.

10.Adab batin.

Bertaubat dari dosa dan mazalim kerana dosa menghijab dari maqbulnya doa’.

Setengah dari adab doa yg batin :

Tidak berdoa’ secara isti’jal…. Misalnya berkata atau merungut dalam hati “ aku telah berdoa .. tapi tidak dimakbulkan”.

Sunat di mulai setiap doa’ dengan bacaan seperti :



اَللَّهُمَّ صَـلِّ وَ سَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلأَوَّلِيْنَ وَ اْلآخِرِيْنَ وَ سَلِّمْ وَ رَضِيَ اللهُ تَباَرَكَ وَتَعَالىَ عَنْ ساَدَاتِناَ أَصْحاَبِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ . أَلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافىِ نِعَمَهُ وَ يُكَافِئُ مَزِيْدَهُ ياَ رَبَّناَ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَ عَظِيْمِ سُلْطاَنِكَ اَللَّهُمَّ صَـلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوآئِهاَ وَ عَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَ شِفآئِهاَ وَ نُوْرِ اْلأَبْصاَرِ وَ ضِيآئِهاَ وَ عَـلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ و سَلِّمْ
سُبْحاَنَ رَبِّىَ الْعَلِىِّ اْلأَعْلَى الْوَهَّاب ِ, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ اْلمُلْكُ وَ لَهُ اْلحَمْدُ يُحْيـِىْ وَ يُمِـيْتُ وَ هُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ اْلخَيْرُ وَهُوَ عَـلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ, رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا و ِبمُحَمَّدٍ صَـلِّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلاً, اَللَّهُمَّ فاَطِرَ السَّموَاتِ وَ اْلأَرْ ضِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ رَبَّ كُلِّ شَيْئٍ وَ مَلِيْكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِىْ وَ مِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَ شِرْكِهِ , أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِيْنِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى, أَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِىْ وَآمِنْ رَوْعَاتِىْ وَاكْشِفْ كُرْبَتِىْ وَاغْفِرْ زِلَّتِىْ ,
Kemudian dibaca:

بِـسْمِ اللهِ مَا شآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ , مَا شَآءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ , مَا شآءَ اللهُ اَلْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ , مَا شَآءَ اللهُ لاَ يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلاَّ اللهُ.



Contoh-contoh doa’ yang baik diamalkan.

1: Doa Islah (membaiki agama) yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.:

أللهمَّ أصَْلِحْ لِى فِى دِيْنِى الْذِّى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى .

وَأَصِلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشِى وَأَصِلِحْ لِى أَخِرَتِى التى فِيْهَا مَعَادِى .
وَجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِىْ فِى كُلَّ خَيْرٍ وَالْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

وَلاَ تَجْعَلْ مُصيِْبَتِى فِى دِيْنِى وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّى وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِى.


Ertinya : Wahai Allah , baikilah bagiku agamaku yang mana ia adalah pemeliharaku urusanku.. Dan baikilah bagiku duniaku yang mana padanya tempat-tempat kehidupanku. Dan baikilah bagiku akhiratku yang mana padanya tempat-tempat-tempat kembaliku . dan jadikan hidupku bertambah bagiku pad tiap-tiap kebajikan , dan maut sebagai kerehatan bagiku dari tiap-tiap kejahatan. Janganlan engkau jadikan musibah /bala pada agamaku , dan janganlah engkau jadikan dunia yang lebih besar dari cita-citaku dan jangan jadikan dunia hujung-hujung kesudahan pengetahuanku.


2. Doa Isyroqiyah daripada Sayyidina Ali r.a


Bismillahir rahmanir rahim.
1.Asyaraqo Nuurullahi.
Telah terbit Cahaya Allah


2.Wazaharo Kalamuallahi.
Dan telah Zahir (nyata) Kalam Allah.

3.Wa thasabata amrullahi.
Dan telah tetaplah urusan Allah.

4.WaNafazo Hukmullahi.
Dan telah lulus hukum Allah.

5.Watawakkaltu a'la Allahi.
Bertawakkal (berserah) aku kepada Allah.

6.Maa syaa Allahi.
Barang yg dikehendaki Allah.

7.Wala haw la wala quwwata illa billahi.
Tidak ada daya helah, dan tidak ada quwwah melainkan dengan Allah .

8.Ta hassantu bikhafiyyi Luthfillahi .
Telah berkota aku dengan Lathif Allah yg tersembunyi.

9.Wa Bi Luthfi Shun illaahi.
Dan dengan (sifat) Lathif (Kehalusan) penciptaan Allah.

10.Wa bi Jamiili sat rillaahi.
Dan dengan (sifat) Keelokan tutupan Allah.

11.Wa bi Azhimi zikrillaahi.
Dan dengan Keagungan Zikir Allah.

12.Wa bi Quwwati sulthaanil Laahi.
Dan dengan Kekuatan Pemerintahan Allah.

13.Dakhaltu fi Kana filllaahi.
Telah masuklah daku didalam Kota Allah.


14.Was tajartu BiRasulilaahi s.a.w.
Dan telah berlindung aku dengan Rasulillah saw.


15.Tabara, tu bihawli wa quwwati.
Telah berlepas diri aku daripada helah ku dan Quwwahku (kekuatanku).


16.Was ta’antu bi hawlilaahi wa quwwatihi.
Dan aku meminta tolong dengan Helah Allah dan QuwwahNya.

17. Allahummasturni wahfaz’ni fi dini wadunyya waahli wamaali wa awlaadi waashaabi wa ahbaa bi bisatrikalazi satarta bihi zaataka falaa iynun taroka walayadun tasilu ilaika,


Ya Allah tutupilah dan peliharalah akan diriku pada agamaku, duniaku, keluargaku, hartaku, anak2ku, sahabat²ku dan kekasih²ku. Engkaulah Tuhan yang mendindingkan zatMu (diri Allah) maka tiadalah mata makhluk yang dapat melihatmu dengan pandangan mereka itu dan tiada kuasa untuk sampai kepadamu ya Allah.

18. Allahumma ya Ar Hamaraahi min.Uh jubni anil qau mil zoolimin. 3x
Ya Allah , Wahai yg sangat menyayangi daripada Para Penyayang .
Tutupilah daku dari Kaum yang Zalim 3 x.


19. Bi qud rotika Ya Qowwi ya matin Ya Ar Hamar Roohimin.
Bika nassta I’n.
Dengan berkat kekuasaan Mu, Wahai yang sangat Kuat, yang sangat Teguh, Wahai Yang Sangat Menyayangi daripada Para Penyayang, dengan Engkaulah Kami Meminta Pertolongan.

20. Allahumma Ya Saabiqal ghousi.
Allah , Wahai yg mendahului pertolongan.


21.Ya Saami’a s shouta.
Wahai yg mendengar suara.


22. Ya kaasi yal izhoma ba’dal mauta.
Wahai yg memakaikan tulang-tulang akan dagingnya ,selepas mati.


23. Aghis ni wa ajirni min hizyid dunnya wa azabil akhirah.
Tolongilah daku, hindarilah daku daripada kehinaan dunia dan azab negeri akhirat.


24. Wa La haw la wala quwwata illa billahil aliyyil a’zhim.
Tiada ada daya dan tiada ada upaya melainkan dengan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.




أَشْرَقَ نُوْرُ اللَّهِ. وَظَهَرَ كَلاَمُ الله . وَثَبَتَ أَمْرُ اللَّهِ. وَنَفَذَ حُكْمُ اللًَّهِ. وَتَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ. مَا شَأَ اللَّه وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِااللَّهِ . تَحَصّنْتُ بِخَفِىِّ لُطْفِ اللَّهِ , وَبِلُطْفِ صُنْعِ اللّهِ, وَبِجَمِيْلِ سَتْرِ اللَّهِ وَبِعَظِيْمِ ذِكْرِ اللَّهِ, وَبِقُوَّةِ سُلْطَانِ اللَّهِ, دَخَلْتُ فِى كَنَفِ اللَّهِ, وَاسْتَجَرْتُ بِرَسُوْلِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , تَبَرَّأْتُ مِنْ حَوْلِى وَقُوَّتىِ, وَاسْتَعَنْتُ بِحَوْلِ اللَّهِ وَ قُوَّتِهِ. أَللَّهُمَّ اسْتُرْنِى وَاحْفَظْنِى فِى دِيْنِى وَدُنْيَايَ وَأَهْلِى وَمَالِى وَأَوْلاَدِى وَأَصْحَابِى وَأَحْبَابِى بِسَتْرِكَ الَّذِى سَتَرْتَ بِهِ ذَاتَكَ فَلاَ عَيْنٌ تَرَكَ وَلاَ يَدٌ تَصِلُ اِلَيْكَ. أَللَّهُمَّ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أُحْجُبْنِى عَنِ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ.(3 مرَّة.). بِقُدْرَتِكَ يَا قَوِىُّ ياَمَتِيْنُ , يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ بِكَ نَسْتَعِيْنُ أَللَّهُمَّ ياَ سَابِقَ الْغَوْثِ, ياَسَامِعَ الصَّوْتِ, وَياَكَاسِىَ الْعِظَامِ لَحْماً بَعْدَ الْمَوْتِ , أَغِثْنىِ , وَأَجِرْنىِ مِنْ خِزْىِ الدُّنْياَ وَعَذاَبِ الآْخِرَةِ, وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِااللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.



3.Doa dari Syekh Abd. Qoder Al Jailani.

دعأ شيخ عبدالقادرالجيلانى.
رَبِّ أِنِّى مَغْلُوْبٌ فَانْتَصِرْ .
Ertinya: Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah dikalahkan , maka tolongilah Daku.

وَاجْبُرْ قَلْبِى الْمُنْكَسِرَ وَاجْمَعْ شَمْلِى الْمُنْدَثِرَ .

Tutupilah hatiku yang pecah, Himpunkanlah sifatku yang luluh,

اِنَّكَ أَنْتَ الرَّّحْمَنُ الْمُقْتَدِرُ.اِكْفِنِى يَا كَافِى وَاَنَا
الْعَبْدُ الْمُفْتَقِرُ
Sesungguhnya Engkaulah yang Pemurah yang Mentaqdirkan. Pada kan daku wahai Yang Memadakan, Akulah hambaMu yang Berhajat,

وَكَفَى باِللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَى بِاللَّهِ نَصِيْرًا .

Dan Memadailah dengan Allah sebagai Pembantu, Dan Memadailah dengan Penolong.

اِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيْمٌ .

Sesungguhnya syirik adalah suatu dosa yang sangat besar.

وَمَا اللهُ يُرِيْدُ ظُلْمًا لِلْعَبِيْدِ .


Dan tiadalah Allah menghendaki berlaku zalim kepada hambanya.

فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ.


Maka di putuskan pengurusan kaum yang zalim , segala puji hanya bagi Allah , Tuhan seru sekelian Alam.




Adab doa’ menurut Husnul Hisan-Al Shawkani , yg dinukil oleh
Jam, ul Fawa id - Sheikh Daud al Fathoni.


Dan yang disuruh jauhkan itu yg ditegah menjauhkan mazalim dan dikembalikan mazalim manusia seperti yg tersebut dahulu dan menjauhkan makan yg haram dan minum yang haram dan pakaian yg haram dan usaha nya demikian pula sebolehnya.
( Maka ) tiada dapat doa yg mustajab melainkan yg suci daripada segala perkara yg tersebut itu dalam doanya dan thadaru’nya .maka adalah perkara yang seperti rukunnya pada qobul minta doa, bahawa mendahulukan amal yg soleh.Dan menyebutkan dia pada ketika kepayahannya dan bersuci dan membersihkan dirinya pada zahirnya dan batinnya daripada segala sifat yang kecelaan dan mengambil air sembahyang dan berhadap keqiblat tatkala minta doa, dan sembahyang jikalau dua rakaat dan berdiri atas lututnya dan memula dengan memuji atas Allah dan pada kesudahannya dan selawat atas Nabi s.a.w demikian pula dan menghamparkan dua tapak tangan nya dan mengangatkan keduanya dan bahawa adalah angkatnya itu hingga berbetulan dengan bahunya dan membukakan kedua nya serta beradab dan khusyuk dan berpegang kepada Allah seperti khusyuk engkau yg zahirnya dan jangan menggangkatkan matanya kelangit didalam berdoa’ pada sembahyang nya dan bahawa meminta doa’ dengan asma ul Allah al husna, dan dengan sifatnya yg ul ya, dan menjauhkan dengan bersaja’ , dan jangan diberatikan dirinya atas yg demikian itu seperti diberatkan dengan berlagu-lagu dan baik suaranya .Dan hendaklah ia tawassul kepada Allah dengan Anbia nya dan orang yang solehin daripada hambanya .dan perlahankan suaranya dan mengaku dengan kesalahannya dan taqsirnya dan memilih akan doa’ yang sahih daripada Nabi s.a.w. maka bahawasanya tiada berkenhendak akan yg lainnya . dan memilih akan doa’ yang jawamiul kalim
tammat.

contoh doa yang diamalkan dlm bulan puasa.

أَعوُذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

* بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ *

إِنَّ اللهَ وَ مَلآئِـكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ يآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا َصلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا * لَبَّيْكَ .

اَللَّهُمَّ صَـلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ النَّبِىِّ الأُمِّى وَ عَـلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ (10×) .

صَـلِّ وَسَلِّمْ يَا رَبِّى عَلىَ حبيبك مُحَمَّدٍ وَ عَـلىَ جَمِيْعِ اْلأَنْبِيآء وَاْلمُرْسَلِيْنَ وَ عَـلىَ آلِ كُلٍّ وَصَحْبِ كُلٍّ أَجْمَعِيْنَ آمين . َواْلحَمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ .

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ (3×)
أَسْتَغْفِرُ الله (25×)

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِِى لاَ اِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ .
مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَ مَعْصِيَةٍ , مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ دِيْنَ اْلإِسْلاَمِ,
مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الشَّرِيْعَةَ, مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الطَّرِيْقَةَ,
مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الْحـَقيْقَةَ, مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الْـمَعْرِفَةَ, مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الْعَزِيْمَةَ , يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

أَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا .

أَللَّهُمَّ اِنِّى أَسْتَجِيْرُكَ مِنْ جَمِيْعِ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْتَ وَاحْتَرِسُ بِكَ مِنْهُنَّ وَأُقَدِمُ بَيْنَ يَدَىَّ .


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

* قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ * اللهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَ لَمْ يُوْلَدْ وَ لَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ * (3×)

مِنْ أَمَامِى وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَمِنْ تَحْتِى خَلَقْتَ رَبَّنَا فَسَوَّيْتَ وَقَدَّرْتَ رَبَّنَا فَقَضَيْتَ وَ عَلَى عَرْشِكَ اِسْتَوَيْتَ وَأَمَتَّ فَأَحْيَيْتَ وَأَطْعَمْتَ فَأَشْبَعْتَ وَأَسْقَيْتَ فَأَرْوَيْتَ وَحَمَلْتَ فِى بَرِّكَ وَبَحْرِكَ عَلَى فُلْكِكَ وَ عَلَى دَوَآبِّكَ وَ عَلَى أَنْعَامِكَ فَاجْعَلْ لِى عِنْدَكَ وَلِيْجَةً وَاجْعَلْ لِى عِنْدَكَ زُلْفَى وَحُسْنَ مَآَبٍ. وَاجْعَلْنِى مِمَّنْ يَخَافُ مَقَامَكَ وَوَعِيْدَكَ وَيَرْجُوْا لِقآَئَكَ . وَاجْعَلْنِى مِمَّنْ يَتُوْبُ اِلَيْكَ تَوْبَةً نَصُوْحًا وَأَسْأَلُكَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً وَعِلْمًا نَجِيْحًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرًا. أَللَّهُمَّ اِنَّى أُشْهِدُكَ بِمَا شَهِدْتَ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ وَ شَهِدَتْ بِهِ مَلآئِكَتُكَ وَأَنْبِيآئُكَ وَأُوْلُوْ الْعِلْمِ وَمَنْ لَمْ يَشْهَدْ بِمَا شَهِدْتَ بِهِ فَاكْتُبْ شَهَادَتِى مَكَانَ شَهَادَتِهِ أَنْتَ السًّلاَمُ وَ مِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا اْلجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ . أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ فِكاَكَ رَقَبَتِى مِنَ النَّارِ. اَللّهُمَّ أَعِنِّىْ عَـلَى غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَسَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَآَخِرُ دُعَآئِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , اَللّهُمَّ اغْفِرْلِى وَارْحَمْنِى وَأَلْحِقْنِى بِالرَّفِيْقِ الأَعْلَى . سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَ سَلاَمٌ عَلىَ الْمُرْسَلِيْنَ وَ اْلحَمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ اْلمُلْكُ وَ لَهُ اْلحَمْدُ يُحْيـِىْ وَ يُمِـيْتُ وَ هُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ اْلخَيْرُ وَهُوَ عَـلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ. رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا و ِبمُحَمَّدٍ صَـلِّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلاً. حَسْبِىَ اللَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُو . حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ . نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ .لاَ يَحْزُنُهُمُ الْفَزَعُ الأَكْبَرُ . اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ . وَاْلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ




doa ramdhan untuk para muridin.

اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَكُوْنُ لَكَ رِضَاءً

وَلِحَقِّهِ أَدَاءً بِعَدَدِ ثَوَابِ حُرُوْفِ اْلقُرْآنِ فِى شَهْرِ رَمَضَانِ وَعَلى
اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


dibaca 40 x dlm sehari.