Jumaat, 30 Mei 2008

Apa nak jadi?

Suasana politik dalam UMNO nampaknya semakin kelam-kabut.

Inilah hasil perkiraan Pak Lah yang "melurus".

Prestasi kepimpinan Pak Lah amat "beruk" sekali. Jikalau sudah tahu akan situasi semasa semakin meruning dan ramai yang memintanya letak jawatan, sepatutnya beliau letak jawatan. Bukannya menjadi diktator. Jikalau menjadi diktator yang bijak dan pandai mengurus tidaklah menimbulkan masalah tetapi masalahnya, beliau menjadi diktator yang tidak boleh mengurus dan amat jahil dalam membuat keputusan dan tindakan.

Datuk Zaid Ibrahim pula, tiba-tiba sahaja dipilih memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri walhal beliau tidak bertanding pilihanraya dan beliau juga pernah dikenakan tindakan disiplin atas perbuatan politik wang atau lebih tepat rasuah. Sekarang pandai pula beliau berhujah dan bercakap tentang perkara yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan tetapi apa yang dicakapkan oleh beliau tidak bernas dan selalu "terhantuk di kepala sendiri". Beliau juga sering memperlihatkan perwatakan yang bongkak seolah-olah beliaulah seorang pemimpin yang berani dan terkemuka. Seseorang yang menjadi pemimpin sepatutnya merendah diri, peramah, bijaksana, dan tahu apa yang diperkatakan dan dibuat.

Kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO pula jelas menonjolkan bahawa Pak Lah ingin menutup kesalahannya dan kekalutan yang dilakukannya di dalam pemerintahannya. Beliau sangka kemasukan semula Ezam dapat membantu menaikkan prestasi UMNO, menunjukkan yang beliau seorang yang terbuka, dan menutup kerosakan yang beliau telah buat terhadap parti kesayangan orang Melayu yakni UMNO dan negara. Sebaliknya ramai juga orang yang dapat membaca dan menilai tindakan dan perbuatan Pak Lah yang jelas terburu-buru dan bersifat mementingkan diri-sendiri.

Begitulah nasib dan keadaan kepimpinan negara. Jika pemimpin tertinggi itu seorang yang angkuh dalam diam dan tidak menerima kritikan orang bawah, kehancuran akan menimpa dan punahlah segala "binaan" yang telah kukuh.